Sunday, December 29, 2013

Berpijaknya Aku Dibumi Orang Laut ..Kuala Sanglang


Assalamualaikum 

Sudah sekian lama berhenti dari meluahkan apa yang terpendam di dalam penulisan.Bukan niat menghilang cuma masa menidakkan segalanya.
Kali ini kisah yang ingin aku ceritakan tentang kehadiranku untuk kali pertama di sebuah perkampungan nelayan.

22.12.13
Sebuah angka dan tarikh yang amat bermakna buat aku,Hajat untuk aku berdiri di perkampungan nelayan akhirnya tertunai jua.
Kuala Sanglang,sebuah perkampungan yang sangat cantik ,memiliki masyarakat yang mesra penduduk,udara di situ juga amat nyaman dan damai.Aku tertarik dengan pemandangan perkampungan ini.Rumah - rumah di pesisir kuala menambahkan lagi seri perkampungan disini.Seakan semunya sempurna walaupun tidak gah dengan teknologi ada kemudahan terkini.
Sham,munkin semua dah kenal akan nama ini.Nama akan seseorang yang sangat aku hormati dan sayangi.Seorang kawan yang baik dan anak yang baik.Seawal pagi,aku dan izzul bertolak ke perkampungan ini dengan mengambil masa kurang dari dua jam.Masa seakan dipercepatkan,seakan terperangkap dalam ruang masa dan tiba-tiba aku berada di sebuah rumah yang belum pernah aku menapak di tanah ini.Tanah orang laut.Aku dan izzul mempersembahkan salam dan dijawab oleh seorang wanita tua,aku sedar munkin wanita ini ibu sham,yang sering sham perceritakan dalam bualan yang lepas-lepas.Bertuah sham mempunyai ibu seperti wanita ini.Selepas berbual sebentar,aku didatangi oleh seorang pemuda ,munkin ini abang sham.Aku dapat mengenali dia dari gambar yang didapati di laman sosial terkini,facebook.Malangnya,sham berada di rumah kakaknya yang tak jauh dari situ.Sambil membuka langkah untuk berjumpa dengan seorang kawan yang aku sangat hormati itu ,mata aku liar memerhati sekeliling.Tertarik,aku tertarik dengan keadaan kampung ini.Selang beberapa rumah ,kami tiba dirumah kakak sham.Sekali lagi salam dipersembahkan tanda kita sesama islam.Sham muncul setelah beberapa ketika salam diberikan.Terlihat diwajahnya lesu,munkin sham baru bangun.Aku kenal sham,dia seorang yang ringan tulang dan rajin.Munkin sham tidak cukup rehat.Masih terngiang-ngiang di kotak pemikiran,saat sham dimasukan ke hospital,air mata menjadi peneman apabila melihat sahabat yang kita sayangi bernafas dengan alat bantuan pernafasan.
Setelah beberapa ketika,Sham dan Izzul memulakan kerja mereka,aku sedar menjadi weeding photographer bukan mudah seperti yang disangka.Aku biarkan mereka dengan kerja mereka,aku mula mengatur langkah melihat gelagat penduduk disini.Selepas beberapa ketika kami mula mengatur langkah untuk outdoor shoot,aku hanya mengikut saja,sekadar peneman dan menolong serba sedikit.Aku bukan photographer seperti mereka.Mereka mempunya corak pemandangan dan jiwa yang bersenu.Aku?. hanya seseorang yang masih belum kenal apa itu erti sebenar dan matlamat dalam masa yang terdekat ini .Di kuala perlis aku tergamam,Ya Allah,indahnya ciptaan mu Ya Allah,sinar mentari yang kuning keorengan bersebelahan dengan masjid terapung.Indahnya.Fajar yang kian tenggelam .Lamunan aku terhenti.Di suatu sudut yang lain,Izzul dan Sham masih dengan kerja-kerja mereka.Air mata menitis,tetiba rasa itu menerpa .Tentang rasa,jika dia bernama cinta masih bernafas.Akan aku bawa dan gengam tangannya dengan erat agar dia juga dapat melihat indahnya ciptaan tuhan di bumi indera kayangan ini.Tapi semua itu tak akan pernah ada,kerana kepergiaan untuk selama - lamanya.
Sometime,we feel so lost and faithless,but when i see this awesome and beautiful sunset,i feel like i found the another part of me.I pray Allah to fullfill mylife back.Im still can remember the time that im totally dead inside.I cant feel nothing...nothing..
The sky dont always remains blue
The rivers dont always flows.

a few pic of..







......


Part two..soon..