Saturday, October 19, 2013

Munkin masa itu kian tiba.. senyumlah,nyawa ini hanya pinjaman..

Semalam
Semalam aku bermimpi sebuah mimpi yang ngeri
Mimpi akan kematian diri aku sendiri
Arghh..persetankan 
Terus aku mengambil wuduk dan solat
 berdoa agar jauh dari kejadian yang tak diingini
Dan
Aku anggap itu sekadar mainan tidur
Tapi hari ini
 maut hampir meragut nyawa aku 
Bukan sekali tapi dua
Adakah ia berkait rapat dengan mimpi semalam
Sesuatu kejadian yang tak dapat aku lakukan apa2
Aku seakan kaku tak terdaya melakukan apa2
Sesuatu yang tak dapat aku jelaskan 

Dan kalau dah tiba masanya untuk aku pergi
Hanya aku memohon darinya
Permudahkanlah dan murahkan rezeki keluargaku
Kerana aku gagal untuk cuba merubah nasib mereka
Dan munkin aku dapat tersenyum
Kerana sebelum aku munkin dpat aku temui sahabt baik aku di alam sana yang telah lama mninggalkan aku di alam ini
Aku dapat kenal seorang shabat yang sangat aku hormati
Seorang yang mempunyai niat dan azam yang sama
Untuk merubah nasib keluarga untuk menjadi lebih baik
Jangan bersedih kalau aku pergi
Pergi bukan dipinta tapi masa itu akan tiba
La tahzan
Senyumlah selagi terdaya
Semua rahsia tentang apa yang kisah kehidupan telah aku karangkan di sebuah cerpen
Ainul faeza la tahzan
Munkin itu akan menjdi peganti diri pabila tiba masany aku pergi
Untuk selama lamanya

Thursday, October 17, 2013

Bicara Hati..




Assalamualaikum
Alhamdulilah Masih diberi kesempatan untuk menyambut Aidiladha baru-baruni
Walaupun ala kadar tapi cukuplah untuk merasainya
Minggu depan bermulalah peperiksaan akhir untuk semester kali ini
Hope dapat buat yang terbaik,Aku sedar aku tak sepandai yang lain tapi aku akan cuba
Cuba untuk terus melangkah
Alhamdulilah
Dapat melihat seorang sahabat yang aku baru kenali gembira cukuplah untuk membuatkan aku dapat mengukir senyuman
Munkin telah ditakdirkan aku dan dia sebagai sahabat biasa
Dan aku tetap besyukur dapat mengenali seorang sahabat seperti dia
Walaupun pernah suatu ketika aku ingin menjadi sahabat baik untuk dia dan ingin menjadi seperti dia
Sehinggalah suatu hari aku sedar
Yang semua itu mustahil
Jadilah diri sendiri dimana aku adalah aku 
Kita semua ada kisah yang tersendiri dimana penulisannya masih jauh untuk menemui noktahnya
Malam ini Alhamdulilah ,selepas solat dapat aku membaca yassin dan mengirimkan al fatihah untuk sahabat handai,saudara mara ,adik beradik yang telah pergii buat selama lamanya,tidak lupa juga untuk arwah ayah seorang sahabat yang aku sayang.
Dan aku berdoa 
Agar akan tiba suatu ketika untuk  aku berjumpa seorang peganti buat kekosongan ruang sahabat sejati yang telah lama pergi.
Tabah itu yang termampu
Sejauh mana kita berlari
Sederas mana titisan air mata
Yang pergi tak akan kembali
Bersabarlah duhai hati
Jika masa masih ada,akan aku cuba mencari separuh lagi jiwa aku
Yang sebenarnya sudah lama pergi 


Monday, October 14, 2013

Ainul_Faeza La Tahzan -Kesinambungan Kisahnya..


Aku Bukan Seorang Penulis
Yang Mampu
Menulis secara profesional
Aku hanya aku yang suka mengarangkan sebuah kisah
yang kadangkala kisah ini munkin sebuah kisah yang benar atau munkin ia hanya kekal sebagai sebuah cerita lalu

Afif Juini Hazizi


**************************************

 Keheningan malam berlabuh,bayu angin yang berlalu membuatkan Kimy tersentak dari lamunannya.Dia masih di atas tikar sejadah .Menadah tangannya itu ,berdoa agar dia kuat untuk tempuhi semua ini.Di luar jendela ada satu refleksi cahaya.Terperangkap disatu sudut yang mengusik anak mata Kimy.Kimy bangun dan melangkah keluar dari pondok di mana tersimpan 1001 kenangan.Kimy memulakan dengan memberi salam.

“waalaikumussalam’,jawab seseorang.
   Di suatu sudut muncul seseorang yang berbadan agak gempal tadi tersusun langkahnya.Kimy seakan mengenali lelaki itu.Tiba-tiba terukir ukiran di muka kimy.Didepannya kini seorang yang dia kagumi suatu masa dulu.Seseorang yang bernama sahabat.Sham.Anak jati kelahiran Sanglang kini tegap dihadapan Kimy.Entah berapa tahun mereka tak bersua muka.Masing-masing terputus hubungan.Munkin disebabkan arus masa yang tak pernah kenal erti rehat.Rupa-rupanya Sham sedang menyelesaikan tugasannya.Menjadi seorang jurugambar professional bukan semudah yang disangka,pelbagai cabaran dan dugaan tak lekang ditempuhi bagi mencari rezeki yang halal.Dari dulu lagi,Sham merupakan seorang yang gemar mengambil gambar-gambar keindahan yang Allah pinjamkan kepada kita yang bernama manusia.Setia hasil seninya itu tidak lekang dengan kreativiti.Jika pada saat ini Adam masih bernafas munkin inilah masa yang dinantikan Adam.Dimana sebenarnya Adam sangat menghormati Sham.Bagi Adam sham merupakan antara kawan yang terbaik yang pernah dia temui.Seorang anak yang taat pada ibubapa di mana pada satu ketika dahulu hati pilu mengenangkan kisah sham dimana dia menjaga arwah ayahnya hingga ke nafas yang terakhir.Zaman ini,sukar mencari anak yang sanggup menjaga ibubapa disaat mereka memerlukan.Manusia berubah .Berubah dengan pelbagai alasan yang tersendiri.Tapi Sham,dia lain dari yang lain.Sikapnya yang ringan tulang disenangi oleh penduduk Sanglang.Manakan tidak,malam bekerja di pusat computer hingga ke pagi,selesainya tugasnya terus menolong kakaknya dipasar pagi.Sejuk perut ibunya mendapat seorang anak yang sebegitu.Satu antara beribu.Jika disoalkan tentang Sham,pasti ingatan akan terkenang akan Syifa.SHAMSYIFA,sebuah nama yang tak munkin dapat dipisahkan.Adam menggelar mereka ‘perfect two’.Sebuah ikatan cinta yang terlalu mendalam.Romantis yang tiada berpenghujung.Itu kisah mereka.Munkin tiada noktah kalau berbualkan soal itu.
Diperhati kimy gelagat sham yang agak sibuk mencari sudut yang terbaik untuk gambarnya.
“Sham,mana buah hati? Soal kimy pada sham .
Sham tersenyum sinis,dia seakan tahu  yang persoalan itu akan keluar dari mulut Kimy.Sham duduk beralaskan pelepah kelapa tua.
“ Kau ni kimy,sudah macam tak ada soalan lain yang nak ditanya,Ada saja kakak kau itu dirumah,nanti kalau ada masa terluang datanglah kerumah “Sham menjawab persoalan Kimy itu.






 Munkin kisah cinta Shamsyifa kini disimpulkan dengan ikatan yang sah.Alhamdulilah cinta mereka akhirnya di ijab kabulkan.Seakan cinta yang sempurna.Jika dilihat dari satu sudut yang berbeza,kelihatan Kimy seakan menarik nafas panjang kerana Sham terlupa bertanyakan soal Adam.Tiada jawapan yang ringkas atau cerita yang pendek dapat dia perjelaskan.Seingat Kimy persahabatan Adam dan Sham bermula di sebuah institusi pengajian tinggi.Hanya itu yang dapat Kimy katakan.Kadangkala Adam terlalu banyak berahsia.Munkin bukan semua rahsia harus dirungkaikan dan bukan semua cerita harus diceritakan.Hanya Adam yang tahu kisah sebenarnya.Tapi sayang,Adam dah lama pergi,pergi tanpa sempat menceritakan apa yang sebenarnya terjadi kepada Sham.Kalau diari Adam ada lagi,mesti persoalan itu akan terjawab.


            Mentari mula memancarkan sinarnya disebalik padi-padi yang menguning.Segar pagi kian terasa,menyelinap setiap sudut tapi itu bukan dapat membangunkan Kimy,Dia masih terdampar atas katil usang itu ,berselimutkan selimut kesayangannya.Kini mentari tegak ditengah-tengah langit siang itu.Kimy bangun mencapai tualanya.Dilihatnya Adam sedang leka menulis di ruang tamu,tanpa menghiraukan Adam ,Kimy terus ke laman belakang untuk mandi.Tiba-tiba,Kimy teringat akan sesuatu.Adam? . Kimy terus berlari ke ruang tamu semula untuk mendapatkan Adam.Tapi sebenarnya tiada siapa yang berada disitu.Air mata Kimy mengalir,munkin disebabkan dia terlalu rindu akan Adam.Masa berlalu dengan pantas,sedar tak sedar mentari sudah mula terbenam.Menyendiri,Kimy membuka beg galasnya.Diambilnya diari Adam,Kimy ingin mengetahui kenapa Adam menjauhi dan menghilangkan diri dari hidup Sham buat selama-lamanya.Sedangkan Kimy tahu yang Adam sangat menyayangi sahabatnya itu seakan nyawanya sendiri.Kenapa?.Persoalan itu makin bermain dipemikiran Kimy.Diselak satu persatu helaian diari itu .Akhirnya apa yang dicarinya kini terpampang dihadapanya.











 *********************************


            Sejauh mana kaki melangkah ,seberat mana hati berlabuh,sehiba itu rasa ini menjauhkan diri dari orang yang aku sayang.Tidak pernah aku membenci Sham,atau sesiapa sahaja.Malahan aku sayang persahabatan antara kami.Melihat Sham dan Syifa bahagia dengan kisah cinta mereka cukuplah membuatkan aku tumpang gembira.Aku dah anggap Sham tak ubah seperti keluarga aku sendiri.Jika dia perlukan pertolongan akan aku usaha sebaik munkin.Bagi aku erti persahabatan lebih penting dari harta benda.Jika dipersoalkan tentang harta atau wang ringgit memang aku akui,tiada apa yang dapat aku berikan untuk melihat dia tersenyum.Aku orang susah,dan dia juga pernah rasai kesusahan.Aku suka cara dia,sedar mahupun sedar aku perhatikan Sham,aku kagum cara dia,cara dia berfikir,cara dia bertindak dan aku mahu jadi seperti dia.Tapi semua itu mustahil,aku tetap aku ,dan aku bukan dia.Entahlah,setiap kali aku berjumpa dengan dia aku rasa takut,seakan kaku.Munkin aku terlalu menghormati dia.Masih terngiang-ngiang nada percakapannya ,aku seronok melihat dia memulakan sebuah cerita.Kali pertama aku berjumpa dengan Sham kalau tak salah semasa semester pertama disebuah ipt.Kelas terpaksa digabungkan akibat pesyarah kelas aku tak dapat hadir.Sedang leka aku berbual dengan rakan kelas yang lain aku perasan ada seseorang berjalan kearah aku.Dia menegur tentang sesuatu ,tapi aku tak ingat apa yang diperkatakan tapi serius aku cakap.Aku cuak,takut ,manakan tidak ,seseorang yang aku tidak kenali tiba-tiba tegur aku.Dengan saiz fizikal dia yang lebih besar dari aku.Ya,aku takut dengan sesiapa sahaja yang lebih besar dari aku.Maaf kalau aku tidak memberi respon.Bukan niat aku untuk sombong tapi aku takut.Masa berlalu terlalu pantas dan kini sudah semester kedua dan aku merasakan ada sesuatu dengan Sham.Terniat di hati aku untuk berkawan dengan dia.Hendak berjumpa depan-depan ,arghh,aku belum sedia soal itu.Melalui sosial media aku mulakan.Dan akhirnya aku berkawan dengan Sham.Dan kalau tak salah ,kali pertama aku keluar dengan Sham di pawagam menonton filem animasi 3 demensi.Aku akui aku tak dapat cam Sham.Ya Allah,melihat Sham datang ke arah aku sudah cukup melajukan dekupan jantung ini.Kenapa aku seakan ternampak Adi ,tapi sebenarnya itu adalah Sham.Cara  jalannnya,senyumannya.Dugaan apakah ini.Dosa apakah semalam yang harus aku tanggung.Badan aku mengeletar,peluh semakin membasahi badan,adrenalin semakin membuak-buak .Adi ,Sham , mustahil mereka adalah orang yang sama.sesuatu yang aku kena terima dari dahulu lagi yang Adi telah pergi buat selama-lamanya.Hakikat tetap kekal sebagai hakikat.Aku tahu ada kawan-kawan yang lain tak senang melihat aku rapat berkawan dengan Sham,pelbagai kekurangan mereka persoalkan.Tapi bagi aku,siapa aku untuk mempersoalkan kekurangan Sham,tiada manusia sempurna termasuklah aku sendiri.Aku tahu Sham selalu sibuk,dan aku faham situasi dia.Tapi apabila dia perlukan seorang sahabat aku akan cuba ada menjadi seorang sahabat yang sebaik munkin.Pernah disuatu hari aku menerima berita yang Sham dimasukan kedalam hospital.Tak dapat aku nafikan aku menangis,kenapa?.Sebab aku takut,takut kehilangan seorang lagi sahabat yang aku sayangi.Melihat Sham mengunakan alat bantuan pernafasan hati aku hiba,aku tak dapat menolong dia soal itu,hanya aku mampu berdoa.Lagipun masa itu Sham sudah berada dirumah sewa.Kalau aku melawatnya tika itu apa kata kawan-kawanya yang lain.Aku tak kisah,aku takut,mereka tak suka soal itu.Selepas hari itu ,aku sudah jarang berjumpa Sham,lagipun kelas aku terlalu padat setiap minggu,maklumla aku bukan pandai seperti yang lain.Dan Sham seakan makin sibuk dengan hari – harinya.Cukuplah aku melihat dia masih mampu tersenyum dengan hidupnya dari jarak jauh.Dan suatu hari aku putuskan untuk pergi jauh dari hidupnya.Cukuplah setakat ini aku menumpang kegembiraan seorang sahabat seperti dia.Aku dan dia tetap sahabat,munkin sahabat dunia akhirat.Cuma aku tahu dia lebih perlukan masa untuk dirinya dan insan yang dia sayang .Maaf  Sham,aku menjauhi bukan kerana aku benci atau kecil hati,Cuma sudah tiba masanya aku mengundur diri.






*************************************** 

            Oh ini sebenarnya yang berlaku,Kimy tersandar di kerusi menghadap jendela.Angin berlalu menusuki ruang kelam itu.Mengeringkan titisan-titisan air mata yang mengalir dipipi Kimy.Persoalannya kini terjawab.Tapi biarlah Kimy sahaja yang tahu soal itu.Kadangkala rahsia perlu dikekalkan rahsia dan bukan semua persoalan perlu ada jawapannya.Kimy menututup diari lama itu ,disimpannya kedalam beg galasnya itu.Terlalu banyak rahsia yang Adam pendamkan.Sham,kalau dia tahu soal ini apa reaksi dia.Biarlah ini semua kekal rahsia.Kimy segera mengemaskan baju dan memasukan kedalam beg .Enjin kereta dihidupkan ,pintu rumah dikunci.Selamat tinggal desa ku.Tiba masanya Kimy pulang ke kota raya meneruskan kehidupannya seperti biasa.Kelam malam menengelamkan cahaya lampu kereta kimy dan berlalu pergi.
            Cahaya pelita menerangi halaman rumah,menembusi kegelapan malam.Kedengan riuh rendah anak-anak desa yang gembira untuk menemui aidilfitri.Sekali sekala kedengaran dentuman meriam buluh di pelusuk kampung................


Thursday, October 3, 2013

Bila malam penghulu hari tiba...rasa itu akan hadir..


Malam penghulu hari sebegini hati mua terasa hiba
Kenangan kekal sebagai kenangan
Bila hati mula rapuh air mata menjadi sahabat yang baik
Sudah lama air mata ini tidak mengalir
Tapi semalam,ia kembali menitits di pipi.
Aku tergamam dengan berita itu
Aku takut,takut aku kehilangan seorang lagi yg aku sayang,
Cukuplah kehilangan seorang yg aq cinta dan sahabat yg aku kasihi buat selama-lamanya.
Kaki ini makin lemah melangkah
Dan jika tiba masa waktu untuk aku pula yang pergi
Munkin aku boleh pergi dengan mengukir senyuman semula,
Hadirnya seorang sahabat 
Dimana kisahnya yang tak dapat dikarang oleh mana - mana penulis
Seorang anak nelayan
Persahabatan ?
Cinta?
Untuk cinta .. hati ni dah pergi selamanya bersma dia 
Yang tinggal hanya erti persahabatan
Persahabatan dunia akhirat

Wednesday, October 2, 2013

Hanya mampu berdoa... #kawan...kuatlah...cekalkan hati tempuhi dugaan ini


Assalamualaikum
Rasa kesal hadir dalam jiwa
Maaf kawan,tak dapat ada masa kau dalam kesusahan 


Sham,seorang sahabat yang paling hormati pada masa ini melawan kesakitan,sedangkan aku masih hanyut dalam dunia sendiri tanpa sebarang berita.
Kalau aku tahu sham sakit,aku tinggalkan semua,persahabatan bagi aku lebih penting,tambahan pulak seorang kawan yang sangat aku kagumi dan hormati.

Ya allah aku tahu ini cubaan darimu
Mengukur kekuatan umatmu
Tapi jika dapat ditukar dugaan itu
Biar aku menjadi ganti
Peperiksaan akhir makin tiba
Dia bernama sahabat perlu pulih
Masa depan dia lebih penting
Dia masih ada masa depan yang cerah yg dapat disambut bersama insan yg dia syang.
Sedangkan aku dalam situasi yang sebaliknya
Tabahkanlah dia,cekalkanlah dia
Sesungguhnya hanya padamu aku meminta
Dan hanya padamu aku mengadu

Amin