Wednesday, August 28, 2013

Terima Kasih...


Sedar atau tidak kaki ini masih berdiri disini
munkin tidak segah yang lain
tapi kalau bukan sebab dia 
munkin aku bukan lagi disini
Disaat hilang arah sebuah kehidupan
Kisah hidupnya menjadi sebuah suntingan
untuk dititiskan ke dalam semangat yang hilang
agar bukan lagi menjadi kehilangan
Paras rupa bukan ukuran
Keperibadiannya yang membuka mata ini untuk melihat dari sudut yang lain
Dia yang bernama kawan
Munkin persahabatan kita masih setahun jagung
tapi moga ia kekal selamanya
Atas nama persahabatan aku akan cuba ada disaat kau perlukan
Kau kuat dan tabah ,dan munkin lebih tabah dari aku
Aku munkin sudah kehilangan insan yang aku sayang,dan kawan karib yang telah pergi buat selamanya
dan Dia kehilangan seorang ayah yang tiada pegantinya
Dua kehilangan yang berbeza tapi munkin kesedihan sedikit sebanyak mengajar kita
Erti dewasa

#KauAkuKawan

Sunday, August 25, 2013

Sedarlah.. #kawan


Assalamualaikum 
Alhamdulilah,selesai kelas untuk harini.
Semakin hari semakin bertambah ilmu didada,insyaallah itu niat sebenar aku datang kelas
Tapi harini,aku akui ,letih rasanya kelas seharian.Munkin tidak sempat untuk menjamah makanan waktu rehat tadi.
Tapi ini bukan yang sebenarnya ingin aku ceritakan.

Adakah penting paras rupa ,bentuk badan dalam persahabatan.
Manusia semua sama,tiada yang sempurna.
Kerana kita semua saling melengkapi 
Itu namanya kawan
Kalau diikutkan hati yang amarah ,ingin saja aku lontarkan apa yang terpendam dihati.
Ya ,mulut masing-masing tapi kita manusia ada perasaan,dan orang yang mereka perkatakan itu 
sahabat aku dan mereka tidak sedar yang siapa sebenarnya dia.Dia yang aku hormati
Gemuk?,Bulat? .Tangan ini seakan ingin saja singgah di muka mereka satu persatu.
Tolonglah ,pandang disudut positif,kelebihan.Bukan hanya semata - mata kekurangan .


#Kawan

Thursday, August 15, 2013

=)

Panda2....cepat betul kau panas,dan cepat juga kau sejuk yer..
Alhamdulilah..rasa itu telah pergi.Malamni,x maw kacaw abam photog sorg tu...mklumla dia keja,panda keja makan je blik umah.
Tiba masanya..
Bangkit..
Nouvo lc?...
Bukan biasa2 taw...
Milik siapakah nouvo lc tu akhirnya terjawab,alahai..cantiknya dia..
Terbuka gerak hati nak kenal..
Dan malamni...
Semua itu menjadi kenyataan =)
Tentang dia...

Aku Tidak Sekuat Dia

Langit mendung seakan memahami
Lari dari sebuah kisah dongeng
Hilang matlamat hidup
Separuh jiwa yang telah lama pergi
Ingin menjadi seperti dia
Dia yang baru aku kenali
Harap kaki ini masih mampu bertahan
Senyuman palsu ini menjadi alasan
Tolong aku,mencari erti sebenar kehidupan..
Hendak aku nangis
Air mata dah lama kering
Kemarau dengan masa lalu..
Jika ikutkan hati ingin saja diri ini pergi
Pergi untuk selamanya

Wednesday, August 14, 2013

Hati yang berbisik

Hati yang berbisik

Bukan senang untuk berpura-pura gembira setiap kali bercerita soal dia
Dia yang dulu bernama sahabat
Setiap kali aku terjumpa dia,jiwa seakan mati.Kosong.
Di mata dia ,aku seakan tidak pernah wujud.
Entah apa yang berlaku pada 3 tahun yang lalu
Yang membuatkan seakan aku hidup di suatu dunia yang lain

Sejujurnya aku sudah lama berputus asa
Air mata seakan sudah kering
Cuma aku tak kuat lagi seakan diseksa setiap kali terjumpa dia
Mana erti kawan,mana persahabatan kita
Jiwa ini memberontak tapi pada siapa?.

Tapi ingatlah,sehingga hujung nyawa sekalipun
Biar apa yang dia lakukan pada aku
Aku tak akan sesekali marah,
Sebab kita pernah dulu di gelar kawan,
“adik abang?..tu perkataan yang kau benci ?’’
Aku tak minta semua itu
Jangan menghukum aku seperti ini

3 tahun,3 tahun bukan sekejap,
Selepas tamatnya zaman persekolahan
Aku membawa diri sejauh yang munkin
Cuba melupakan semuanya
Dan ya ,alhamdulilah aku berjaya
Tapi tidak lama.
Kalau aku tahu kita akan belajar di sebuah ipt yang sama
Aku tak akan kembali ke negeri darul aman ini

Bukan aku nak salahkan takdir,
Munkin ini semua ketentuan tuhan
Cuma aku tak kuat
Tak kuat untuk kau melayan aku seakan aku tak pernah wujud dalam kamus hidup kau
Aku tak kuat
Aku Akui.

Ini bukan noktahnya

Tuesday, August 6, 2013

Untuk hari ini ...


Assalamualikum dan happy iftar blogger
Ramadan kian berpenghujung dan Alhamdulilah syawal bakal tiba
Kemarin,dapat juga beli baju raya,pusing punya pusing dapat juga yang berkenan dihati,Yang bestnya,kakak suruh beli warna hitam,tya abang cakap warna merah,malas nak pening2,terus beli dua2.
Aku tahu ramadan kali ini munkin tak semeriah ramadan yang lalu tapi macam mana pun hari yang mulia kita kena juga sambut.Kemarin ,alang2 kat pekan pergila melawat panda jr.Hmm.nampak gaya tak beraya sama2 la kali ni.Organ dalam perlu dihantar ke penang.Dekat sini tak ada pakar yang boleh buat.
Duhai hati bersabarlah

Bangun2 je dari tidur tadi tgok ada notification.Nuem cakap nak datang.Dah lama tak jumpa kawan aku sorangni.Antara kawan yang terbaik aku ada.Walaupun dia anak orang kaya,hidup dalam rumah banglo,kereta dua tiga bijik tapi tak pernah berlgak.Sudi datang ke pondok tempat aku dan sekeluarga berteduhni =) 
Alhamdulilah dapat kenal dengan yang tak membezakan darjat

Plan tadi nak bawa nuem ke lata mengkuang utk shoot,tapi sayang sampaija kat situ hujan pulak,Bukan rezeki .
Wahh,nuem pakai toyota vios,colour putih plak tu..aumm,geramnya tgok.Rezeki dia. =)

Cukupla untuk kali ni.
Hanya berkongsi
Aku bukan penulis

Sunday, August 4, 2013

5 August 13 Hati yang berbisik =)



5 August 13
Disaat yg lain sedang dibuai mimpi,cahaya gadget tak lekang menerangi aku yg memakai hood putih.Terasa seakan papa pooh la plk pkai mcm ni..Tapi ini bukan yang aku ingin bualkan.Dah 2 hari aku selsema,memang rimas dalam keadaan mcmni.Ah lantaklah.Raya dah dekat,tapi baju raya x ada tanda nk beli lagi.Entahla,tak terasa bahang raya untuk tahun ni,munkin atas byk sebab.Kalau aku beli baju melayu,nak colour apa?
Putih,silver,biru,oren,unggu,cyan smua dah ada..
Bagi aku tak kisah kalau tak ada baju tshir ,sluar jean smua tu sbb tok pernah pesan dlu.
Hari raya hari yg mulia,kita kenala pakai baju melayu baru.
Kuning aq x mnat,yg trlintas dalam fikiran skrg just wrna hijau,merah,hitam ..tuje
Nak turun ke pekan pun x da transport
Kalaulah si panda jr ada masa ni kan senang.

Lupa plak,masjid kg pun tak siap lagi.tak merasa smbyg dkt masjid la tahun ni,


Sebenanya aku nak sangat benda yg gantung dekat tengkok tu,boleh jugak shoot2 masa raya,tapi aku kena terima hakikat,aku tak mampu lagi nak rasa ada tu.
Orang kata ukur baju dekat badan sendri kan =)
Dan kalau suatu hari nanti apa yg aku nak aku dapat miliki
There will be cuti2 malaysia.
Aku dah survey tmpt2 yg best utk shoot
1.perkampungan nelayan ,perlis
2.pankor
3.bukit tinggi
4.kuala selangor,dekat umh kakak ipar ( best,tepi pantai)
5.cherating
6.mestila kg tok..hehe

Setiap doa aku mohon agar aku dapat apa yang aku inginkan
Ya,doa untuk sahabat tak pernah lekang,agar dimurahkan rzki dia,kuat tmpuhi liku2 kehidupan.
Sebab apa?

Sebab kita
#kawan =)