Monday, September 30, 2013

Selamat Hari Lahir Panda..




Assalamualaikum 
Hari ni 30-09 genap hari jdi aku yg ke 19
Alhamdulilah masih diberi peluang untuk bernafas
Terima kasih yang sudi wish terutama buat family dan kawan2 yg ingt akan tarikh ini.Tiada yg menarik untuk dikongsikan untuk birthday kali ini,tak dapat sambut dgn family,kwn2 yg rapat,malah tiada kek.
Tapi bukan itu yg mmbuatkan aku terasa.
Kawan2 yg aku sayang,yang aku tak pernah lekang aku ringankan tulang.Seorang pun tak mengungkapkan `selamat hari jadi ` 
Inilah,Salah memilih kawan,ya,masa tak akan berputar.tertitis airmata menyesal sebumbung dgn manusia yg brtopengkan kawan.Munkin sem yang mendatang aku akan cuba memohkn asrama,biar hidup kurang bebas dari aku memendam rasa.Sabarlah duhai hati.
Yang pasti genapnya aku 19 tahun.Aku akan cuba menjadi lebih baik,akan cuba sedaya upaya menukar nasib keluarga.Munkin harijadi aku kali ini hanya maggie aku alaskan untuk perutni.Aku tak mahu,anak atau waris aku suatu hari nanti rasa apa yg aku rasa.
Aku dibesarkan dengan kehidupan yang bukan senang
Tak pernah aku minta apa2 dri keluarga sepanjang hari jadiku sehingga kini
Hanya aku berdoa agar
Biarpun sekecil mana pintu rezeki dibuka biarkan ia dibuka
Cukuplah untuk bertahan dan mengerti hidup manusia yang tidak tinggi nilai hartanya mahupun darjat
Asalkan budi bicara menjadi punca
Rezeki ada dimana mana
Jika bukan rezeki aku disini aku terima dan jika aku masih disini
Aku akan cuba pergi dari persahabatan yg hanya bagiku seakan delusi masa.Kawan susah senang bukan senang untuk dicari.
Bertahan,berazam,
Untuk merubah segalanya
Bissmillahirahmanirahim

Thursday, September 26, 2013

Untuk kali ini.. rasa itu..

Malam ini rasa itu datang lagi
Hadir dengan membawa ingatan lalu tapi bukan soal itu
Hiba

Bertahun sudah berlalu tapi tidak pernah terdetik untuk aku bercinta lagi
munkin hati ini dah kering,kering dengan apa itu dikatakan cinta
Bagi aku kini persahabatan dan keluarga adalah segala-galanya
Suatu ketika dahulu aku seakan teperangkap dalam satu delusi khayalan
Ya,memang mereka seakan serupa.Seakan seorang sahabat yang teramat aku sayang sehingga kepergiannya buat selama - lamanya seakan melumpuhkan detar rasa aku,seakan kaku di hanyut arus masa.
Aan,caranya,gayanya,bahkan jika dilihat dari segi fizikal
memang sukar aku bezakan

Dan kini hidup aku seakan bernafas seketika dengan hadirnya seorang sahabat seperti Sham
Aku akui,masih tersimpan seribu satu kisah yang tak dapat dikongsikan antara kami.
Cuma kisah yang sham lembarkan di blognya cukup membuatkan aku kagum dan menghormati anak  nelayan itu.Dia rasa apa itu kehilangan dan dia kini dia dibalas dengan erti kegembiraan
Kebahagiaan itu miliknya
Aku tak layak menumpang kegembiraan orang lain,cukuplah sekadar dapat mengenal seorang kawan yang aku sangat hormati itu.

Munkin masa ini wang ,harta dan pangkat munkin segala-galanya tapi bukan pada aku
Bagi aku rezeki itu milik kita bersama.
Aku akan cuba sedaya upaya kongsikan bersama
cukuplah melihat insan-insan yang aku sayang mengukir senyuman
hanya itu yang aku mahu
Hanya itu
Jumaat penghulu segala hari
Biarlah al fatihah menjadi penyambut hari ini untuk disedekahkan kepada 
insan - insan yang kita sayang yang telah pergi buat selama - lamanya

Thursday, September 19, 2013

Hanya Padanya Aku Mengadu..Dan hanya padanya Aku meminta...


Assalmualaikum 


Alhamdulilah pada 18.9.13 DTK dan DEP team dapat handle dengan baik program career talk.
Tahniah untuk semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak
Selesainya majlis,dapatlah mengukir sedikit senyuman dan menghela nafas panjang.Tapi aku tahu ini bukan noktahnya .Perjalanan masih panjang.Kaki masih mampu bertahan walaupun aku sedar aku tidak sekuat dia.Sekuat seorang sahabat yang aku sangat hormati.

Di malam penghulu hari aku menadahkan tangan,berdoa pada yang esa.Bertemankan air mata,memohon agar insan yang kami sayang ditempatkan ditempat - tempat yang beriman dan beramal soleh.
Satu demi satu pemergian sahabat dan cinta 
Pada mulanya aku rasa,tiada lagi yang aku miliki kecuali sebuah keluarga .
Tapi alhamdulilah,Allah temukan aku dengan seorang sahabat yang juga merasai kehilangan,kehilangan seorang ayah yang tersayang.Dia tabah,munkin aku tak sekuat dia,tapi aku akan cuba untuk menjadi seperti dia.

Ya Allah
Jika dugaan kehilangan ini yang kau berikan
Aku redha Ya Allah
Bertemankan sisa-sisa air mata yang masih tertinggal aku tadahkan tangan memohon 
agar kehilangan ini diselitkan dengan sedikit kebahagiaan
Agar aku dan juga dia kuat bertahan 
Dan 
Bagi aku harta ,wang ringgit bukan lagi segala-galanya
Aku rela korbankan semuanya
demi untuk membuatkan hati ini merasai 
Munkin hati ini telah terkunci tentang cinta
biarlah ia terbuka untuk sebuah persahabatan dan mengenal 
apa itu ertinya
Setitis
'Gembira'



Monday, September 16, 2013

Munkin ini Yang Terbaik ..

Aku rasa ini yang terbaik.
Aku takut ,takut akan kehilangan seorang lagi sababat seperti dia
dari satu ke satu
Hingga pada suatu ketika aku sedar
munkin hilangnya aku dalam hidup dia yang bernama sahabat
munkin akan lebih baik
Cukuplah setiap kali solat aku bermohon pada tuhan 
agar dia kuat,dan aku tahu dia lebih kuat dari aku untuk tempuhi semuanya
Allah duga dia dengan kehilangan
tapi Allah juga beri dia dengan hari-hari yang ceria
Bukan aku noktahkan persahabatan aku dan dia disini.
Cuma cukuplah kehadiran aku untuk selama ini.
Tiba masanya aku mengundur diri 

#kawan

Monday, September 9, 2013

Ainul_faeza La tahzan ( Kemunculan Sahabat Lalu )..


                                     **************************************

 Keheningan malam berlabuh,bayu angin yang berlalu membuatkan Kimy tersentak dari lamunannya.Dia masih di atas tikar sejadah .Menadah tangannya itu ,berdoa agar dia kuat untuk tempuhi semua ini.Di luar jendela ada satu refleksi cahaya.Terperangkap disatu sudut yang mengusik anak mata Kimy.Kimy bangun dan melangkah keluar dari pondok di mana tersimpan 1001 kenangan.Kimy memulakan dengan memberi salam.

“waalaikumussalam’,jawab seseorang.

   Di suatu sudut muncul seseorang yang berbadan agak gempal  tersusun langkahnya.Kimy seakan mengenali lelaki itu.Tiba-tiba terukir ukiran di muka Kimy.Di depannya kini seorang yang dia kagumi suatu masa dulu.Seseorang yang bernama sahabat.Sham,anak jati kelahiran sanglang kini tegap dihadapan Kimy.Entah berapa tahun mereka tak bersua muka.Masing-masing terputus hubungan.Munkin disebabkan arus masa yang tak pernah kenal erti rehat.Rupa-rupanya Sham sedang menyelesaikan tugasannya.Menjadi seorang jurugambar professional bukan semudah yang disangka,pelbagai cabaran dan dugaan tak lekang ditempuhi bagi mencari rezeki yang halal.Dari dulu lagi,




   Sham merupakan seorang yang gemar mengambil gambar-gambar keindahan yang Allah pinjamkan kepada kita yang bernama manusia.Setiap hasil seninya itu tidak lekang dengan kreativiti.Jika pada saat ini Adam masih bernafas munkin inilah masa yang dinantikan Adam.Dimana sebenarnya Adam sangat menghormati Sham.Bagi Adam sham merupakan antara kawan yang terbaik yang pernah dia temui.Seorang anak yang taat pada ibubapa di mana pada satu ketika dahulu hati pilu mengenangkan kisah sham dimana dia menjaga arwah ayahnya hingga ke nafas yang terakhir.Zaman ini,sukar mencari anak yang sanggup menjaga ibubapa disaat mereka memerlukan.Manusia berubah .Berubah dengan pelbagai alasan yang tersendiri.Tapi Sham,dia lain dari yang lain.Sikapnya yang ringan tulang disenangi oleh penduduk sanglang.Manakan tidak,malam bekerja di pusat computer hingga ke pagi,selesainya tugasnya terus menolong keluarganya dipasar pagi.Sejuk perut ibunya mendapat seorang anak yang sebegitu.Satu antara beribu.Jika disoalkan tentang Sham,pasti ingatan akan terkenang akan syifa.SHAMSYIFA,sebuah nama yang tak munkin dapat dipisahkan.Adam menggelar mereka ‘perfect two’.Sebuah ikatan cinta yang terlalu mendalam.Romantis yang tiada berpenghujung.Itu kisah mereka.Munkin tiada noktah kalau berbualkan soal itu.
Diperhati Kimy gelagat Sham yang agak sibuk mencari sudut yang terbaik untuk gambarnya.

“Sham,mana buah hati? Soal kimy pada sham .


Sham tersenyum sinis,dia seakan tahu  yang persoalan itu akan keluar dari mulut Kimy.Sham duduk beralaskan pelepah kelapa tua lalu.........

Friday, September 6, 2013

Langit seakan memahami...


Langit malam masih merintih.
Seakan memahami hati ini
Entah kenapa
tika ini seakan hati ini 

Siapa aku nak dibanding dengan mereka
Ya ..aku berpijak di bumi yang nyata
Aku sedar aku bukan dari keluarga yang senang
dipondok inilah aku dan sekeluarga berlindung dari panas dan hujan
Bagi kami nasi dengan berlaukan ikan kering sudah cukup untuk melakar senyuman 
itu rezeki kami
tak pernah terlintas untuk meratah rezeki orang lain
Bersyukur apa yang ada
Disebabkan itu ..aku lebih suka bersendiri.bukan salah berkawan.cuma bukan senang mencari kawan-kawan yang dapat memahami hidup seseorang budak kampung yang tiada apa-apa seperti aku
Jika disoalkan tentang kekasih.Masih awal untuk aku fikirkan,semua yang berlalu telah aku rancangkan
Munkin aku masih sayang,tapi untuk melihat dia bahagia aku perlu lepaskan,kerana kebahagiaan dia bukan disisi aku.
Bertemankan pelita lama air mata mengalir
Diluar jendela hujan masih belum memberi tanda-tanda untuk berhenti
Hujan..terima kasih..untuk menemani aku menangis untuk kali ini..

Aku Bukan Penulis