Tuesday, December 25, 2012

dawn of friendship...





Jam dah menunjukan jam 3 pagi..
tapi matani masih belum layu
Di hadapan sepasang anak mata terpancar cahaya kaca sebuah komputer riba usang.
Hujan mula merintih membasahi bumi bertemankan kesejukan embun pagi
kotak pemikiran kecil ini masih memikirkan tentang mereka
munkin disaat ini mereka sedang leka dibuai mimpi
Ya..tentang mereka
tentang kawan-kawan yang aku sayang
zah,eton,aan,zarul,ai dan bakso,kimy


zah?..dulu..dia mengajar aku apa itu erti cinta
dan dia juga mengajar aku apa erti sebuah perpisahan
bagi aku munkin dia cinta pertama dan terakhir
'i love ur smile'
my past

***

eton..macam mana aku nak terangkan tentang dia
Ada something spesiel tentang dia
Banyak persamaan antara kami
Jika aku terlihat bintang di langit...aku akan teringatkan dia..
Bintang..itu tentang kita

****

aan..aku lebih senang menggelar dia abam omey.
sebab?
dia memang comel..tp yang menarik tentang dia
hmm
dia tak ubah seperti seorang sahabat aku dahulu
gayanya,wajahnya..tak ubah..
aan dan aku tak pernah berjumpa 
kami hanya sahabat dia alam maya
tapi bagi aku..aku anggap dia seolah sahabat yang terdahulu
kalau aku tahu dia perlukan bantuan
insyaallah..
atas dasar seorang kawan 
aku akan cuba untuk menolong dia

*****

Zarul...
Kawan baik aku masa sekolah rendah dulu
dah lama kami tak jumpa
munkin sebab dah lama dia pindah
entahla
dah lama aku tak jumpa kawan-kawan sekolah rendah dlu
munkin ramai dah pindah
tapi zarul..
seorang kawan yang baik antara yang terbaik

******

Ai...
dah lama lost contact..
kami sekelas masa form 3
tapi entah mcam mna masing2 hilang di hanyut arus masa
dia pelajar pandai...
aku?
hanya mampu menulis..

*******

bakso..
Aku hargai pertolongan dia masa zaman sekolah dulu
she awesome
kami pernah menjadi seorang kawan yang rapat suatu tika dulu
tapi entah..
bukan semua yang terjadi dimuka bumi ini perlukan alasan kan.
dia dah bahagia sekarang.
aku ambil keputusan untuk jauh dari hidup dia dan yang lain.

*********


Kimy?.
cute,friendly..n have a epic lifestory..just like my ex friendship story
baru-baru ni dia dapat 7a dalam pmr.
alhamdulilah..di berhak
Aku doakan dia dapat sambung pelajaran di maktab dan kisah (KWJ)
tak ditengelami arus masa

*************

hmm...inilah kisah tentang kawan-kawan aku yang aku sayang.
pendapat mereka tentang aku...entahla..munkin ya atau munkin berlawanan.

Aku lebih suka menyendiri
kerana masa lalu membentuk kita menjadi diri kita pada waktu ini
aku susah untuk melupakan sesebuah kenangan 
dan aku juga benci tentang keganasan
tapi bila terlalu lama memendam
munkin suatu saat akan meletus jua

Aku Hazizi
Antara Kita Banyak Bezanya

Sunday, December 23, 2012

Nota Untuk awak..


Nota Untuk awak..


Munkin ini salah aku kerana susah untuk melupai orang yang aku sayangi..
Dalam hidup ini 
KEHILANGAN itu merupakan sebahagia dalam hidup aku
dari kehilangan sahabat ,hilangnya seseorang yang amat aku sayangi
kadangkala..aku rasa pelik
kenapa aku susah untuk melupakan insan yang aku sayang.
Kenapa?
Dia bernama sahabat...dia bernama cinta..

Kalau awak tanya saya kenapa saya tak cari peganti yang lain..
Tiada seorang insan pun yang dapat mengantikan awak dalam hati saya..
Senyuman awak.senyuman awak yang membuatkan hati ini..jiwa ini kesal tentang perpisahan kita.
saya tak salahkan awak sebab saya tahu munkin saya tak sempurna dimata awak.tapi awak.
saya dah sedaya upaya 
apa yang saya nak cuma awak..
saya nak awak happy
tapi makin hari saya tunggu awak
saya rasa hari-hari saya semakin singkat
dah bertahun awak
Kawan-kawan saya cakap..awak gemuk..awak itu awak ini..
saya tak pernah ambil kisah.
bagi saya itu semua alasan 
andai cinta itu buta
ya.
ia dah membutakan mata dan hati saya.
Ada suatu ketika 
awak mesej saya
saya ingatkan awak nak cakap sesuatu yang lain
tapi
awak ceritakan tentang kekasih baru awak
tentu awak tahu apa perasaan saya tika itu..
terima kasih awak
saya tak pernah terlintas nak marahkan awak
sebab
setiap detik
setiap saat
sayang saya dekat awak
tak pernah berkurang..




Sunday, November 4, 2012

Rahsia Ini Telah Lama Aku Pendamkan


Rahsia Ini Telah Lama Aku Pendamkan



Ia..ini soal cinta..ini soal kasih..dan ini soal persahabatan..
Ia tentang Aku


Kenapa aku masih belum mencari teman peganti sampai sekarang.Semuanya kerana aku masih sayang akan dia..bagi aku jika ia soal cinta..biarlah ia cinta pertama dan yang terakhir.Hati ini belum terbuka untuk sesiapa yang lain.Seakan masih menunggu dia.Tapi aku tahu ia sesuatu yang mustahil.Pernah aku ceritkan pada dia apa yang masih tersirat untuk disuratkan .. tapi kata hati dibalas dengan madah berhelah.
Aku tahu dia sudah ada Teman Peganti


Buat seseorang yang dulunya istimewa buat hidup ini
selamat menduduki spm
i wish de best for u
Dia layak mendapat yang terbaik 
ada perkara yang aku ingin ceritakan
apa yang aku lakukan selama ini telah dirancang dengan teliti
siapa sanggup melepaskan orang yang dia sayang
tapi bila difikirkan kata-kata dari seseorang itu
memang ada betulnya
kalau cinta tidak semestinya memiliki'
ia perlukan pengorbanan
walaupun pengorbanan itu mengorbankan jiwa kita sendiri
dia layak untuk yang lebih baik


Sahabat Baik?
Telah aku ceritakan pada blog2 yang terdahulu
aku sendiri pun tak tahu apa yang perlu aku lakukan selepas ni
Aku sayang Buddyz Aku
tapi adakah mereka juga merasakan begitu..
atau munkin sebaliknya


Adakala kita gelak ketawa,kita tersenyum riang.tapi adakalanya juga disebalik senyuman itu ada kesedihan yang dipendamkan







Tuesday, October 30, 2012

Best friends or eternal rivals?


Best friends or eternal rivals?



Persahabatan aku dengan dia tak ubah seperti anime naruto.Ya..memang ia hanya sebuah anime tapi ia bukan cerita yang kosong.Persahabatan antara naruto dan sasuke makin lama makin bergolak,munkin di waktu kecil mereka boleh menjadi sahabat walaupun hanya buat sementara tapi bila meningkat dewasa seakan takdir tidak menentukan yang mereka ditakdirkan untuk bersahabat baik.Masing-masing ada hala tuju masing-masing.Naruto ingin menjadi lebih kuat untuk menjadi hokage dan membawa balik sasuke walaupun sudah sekian lama persahabatan dia dan sasuke telah retak akibat sasuke membuat pilihan untuk menyertai orichimaru dan seterusnya menjadi ketua akatsuke bersama dengan tobi.Aku sendiri tak pasti dari pandangan sasuke ..yang pasti aku tahu dia juga sayang terhadap sahabatnya naruto itu.
Tentang aku pula.
Pada mulanya aku sangat gembira pabila aku kenal akan dia.Menjadi salah seorang sahabat bagi dia merupakan sebuah noktah kegembiraan buat aku.Aku ingat kami boleh menjadi sahabat baik tapi rupa-rupanya takdir yang menentukan segala-galanya.Selepas setahun entah apa punca yang sebenarnya membuatkan persahabatan kami menjadi tegang dan akhirnya bermula dari sahabat kini seakan orang asing.Aku tak pernah pendamkan kemarahan kepada dia.Aku cuma kesal...kesal dengan apa yang terjadi.Jika persahabatan kita tak retak tika satu saat dahulu munkin kini kita menjadi sahabat baik.
Aku cuma hanya mampu berdoa..agar dapat mencari seorang sahabat peganti seperti dia..
Ada sesuatu dalam hidupnya persis kisah hidup aku tika kecil dahulu
Yang Tidak Dapat Aku Jelaskan


Mrpanda94




Saturday, October 6, 2012

Happy Birthday



Happy Birthday 


6.10... salah satu tarikh yang teristimewa buat salah seorang kawan aku yang aku sayang..It his birthday.
wah...dah 18 ang ..hehe..Happy birthday ea..aq just dapat wish je.Sambut sekali memang perkara itu tak akan berlaku..siapa aku kan nk tumpang kegembiraan orang lain.Melihat sahabat yang dia sayang gembira cukuplah ia seumpama dapat hadir dalam majlis hari jadi itu bersama.Aku tak tahu pendapat orang lain.tapi tarikh-tarikh bermakna buat kawan-kawan aku telah aku pahatkan di ingatan.Bagi aku jika itu tarikh bermakna buat mereka ,ia juga bermakna buat aku.

Walaupun baru-baru ini merupakan birthday aku tapi tak ramai yang tahu,hanya yang benar-benar mengenali aku yang dapat wish.Tak apa,aku tak kisah.Tapi bila kawan yang kita jumpa hari-hari lupa hari lahir kita sedikit sebanyak ia mengecewakan kita kan.Tipu sangatla kalau aku kata aku tak sedih.tapi masa inilah tuhan dapat tunjuk dekat kita siapa benar-benar seorang kawan.dan sebaliknya.
Aku percaya ada hikmah disebalik sesuatu kejadian

Demi sebuah percintaan kita sanggup berkorban
inikan pulak persahabatan
Aku akan lakukan apa yang termampu untuk mengukirkan senyuman 
untuk seorang sahabat



MrPanda94

Sunday, September 30, 2012

18 year old Panda ^^



For me...today is awesome day coz it is my birthday =) just enjoy myself very well .Seriously,this birthday time is one of most i love..
relationship between my father and i is completely not a good enough.but that morning turn the colour of glow when my father is the number one wish to me..Ok..im cried.because i don't target that.He want me be better man and wanna me to enjoy my day..Thank dad.PAPA I LOVE U.
Then my family member ..one by one call me for the wish.Feel so great at that moment.They tell me that they all love me a lot . hehe..shy louh..kikiki.
and for therest..thank for twin of doremon for the wish,my exclassmate,my friend..Love u guys..
Im not just know that they love me..but i also know who is fake friend...soon they will deleted from my life..
yeah...enjoy..dance like a pandas.

MrPanda94




Saturday, September 22, 2012

Dah lama pendam....nak taw sangat kan..nah ..ambikkk

Semakin hari...terasa seakan ingin keluar dari kamsis ini.KENAPA?...aku pun rsa dah BOSAN...da ROOMATE pun mcm x da roomate..mcm tiggal SORANG ja lam bilik ni.pasal tu aku kadang2 suka lepak ngn mmber2 sekolah dulu.Bukan nak BELAGAK.cuma aq x suka cara camtu..Kalau sal ISAP ROKOK tu aq x bapa kisah sgt...janji jauh dari aq sudahla...law dekat mmang KAKI la gamaknya.Ingat x lagi pasal kawan yg aq cakapkan aritu,yup...diala..aq dah GIVE UP nk try jadi kawan dia..malas fikir sal hati member law depa X PERNAH FIKIR tntang hati kita..law kita nak p mana2 kena cita..law depa p mana2...taw2 dah ghaib..terbaek la kan..kawan mcm tu beluguk la..selogok dua tiga ringit..AWAT?...panas..dah terasa ambikla..Awek?..PERGI jahanam la ko sial...<---terasa jugak...WHO CARE?...PROBLEM? ...x couple pun x mati eh..wat HABIS kdit aq ngan duit aq ja..hati x yah kata pa la...SELFISH ..

Friday, August 10, 2012

Kemarin,begitu gusar hatiku,keluh bagai ada sesuatu

Hyep..sorry sbb lma pnda x update..sibuk dengan new lifestyle kat kampus..ni pas berbuka,solat pon dah bolehla update..so...take ur time to read it..

Kemarin,begitu gusar hatiku,keluh bagai ada sesuatu yang akan berlaku atau telah berlaku.Sebenarnya aku tidak dapat memberi tumpuan yg sepenuhnya semasa kuliah.Kotak pemikiran ini seakan berada disuatu tempat yang lain..bagai tika itu hanya jasad aku yang hadir.Telah aku putuskan untuk tinggal di kamsis minggu ini..tapi panggilan itu mengubah segala-galanya.

Selesainya kuliah yang terakhir aku terus melangkah kebilik.Disebalik senyuman yang telah aku ukirkan,tersimpan kesedihan yang mula merekah.Aku segera mendapatkan motosikal dan terus segera menuju ke kampung halaman.

Dihadapanku kini terlihat seorang perempuan tua yang mukanya lesu,seakan penat menahan dengan dugaan kehidupan.Tapi aku tahu tok lebih kuat dari ini.Tok mampu bertahan.Aku segera mendapatkan tok.Entah mengapa airmata ini mengalir..laju...jiwa ini takut..takut jika aku kehilangan tok.Tok yang banyak memberikan aku semangat untuk meneruskan kehidupan disaat aku kehilangan jejak untuk terus bertahan berlayar di lautan sementara ini.Tok hanya dapat senyum melihat keadaan aku..Aku tahu tok sekarang tidak kuat seperti dahulu,tapi Ya Allah...Aku mohon untuk kau memberikan masa lagi untuk aku menapak diduniamu ini bertemankan tok,sudahlah ..dahulu aku kehilangan seorang sahabat yang aku sangat menyayanginya,dan setelah itu aku korbankan cinta aku untuk melihat sidia bahagia..Kini tok pula? aku belum kuat untuk itu..

'Bissmilahirahmanirahim..Ya Allah..kau kuatkan dan cekalkanlah zahir dan batin Tok untuk terus berada didunia mu ini..Panjangkanlah umurnya..Biar aku sepi dari cinta dan persahabatan tapi aku tidak kuat sepi dari kasih sayang antara seorang nenek buat cucunya..


Mrpanda

Monday, July 23, 2012

Penantian Yang Tidak Bernoktah..

Memang setiap penantian memerlukan kesabaran yang tinggi,tambahan pulak jika ia soal cinta.Sesaat bagaikan bertahun.Semakin hari terasa semakin berat beban yang dipikul.Tidak salah untuk menanti walaupun sesuatu yang tidak pasti kerana munkin disuatu masa nanti penantian itu akan menjadi satu saat yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat.Disaat terlanjur cinta ,hati akan berbisik dari hari demi hari.Menanti dengan penuh harapan untuk bersama semula dengan sidia.Mencuba bertahan diatas buih-buih cinta yang bagai tidak kelihatan.Bukan senang untuk melupakan seseorang yang telah kita terlanjur memberikan sepenuh hati dan jiwa .Kadang-kadang kita pun tidak pasti adakah kita sendiri atau dia yang bersalah..tapi yang pasti..cinta kita pada seseorang tu tidak pernah luntur.
Dan hanya cuba bertahan...dengan menanti...sesuatu yang tidak pasti..Ku ingin kau tahu ku selalu milikmu yang mencintaimu sepanjang hidupku...

Saturday, July 7, 2012

New Life _ Next Exit ----->

Malam ni malam terakhir aku dirumah.Barang-barang dah siap packing.Apa yang aku harap bermulanya hari esok,mulalah kehidupan aku yang baru,dimana kesedihan masa lalu dapat dilupakan dan digantikan dengan kenangan baru yang terindah.Atas nama cinta,atas nama persahabatan..aku akan cuba menjadi lebih baik.dan tidak akan tersalah langkah lagi.
Hey friend..sigh..now perfect stranger right?.Just say it.Just put the blame on me.
How much u hate me but it can't make me hate u
Try to elapes u from my memories..

Nevermind..
i will find someone like u
A kind One
maybe BIG one

For Mizz.
i wish nothing just the best for u.
And i know u trying so hard to forget me.
Maybe soon u will get what u wish..
U deserve a better men than me
the perfect two of u both

Buddyz "Bukuit Aman''
hey...u Gone!
haha..without any single clue..ok Fine..like u said
U r going mad for something?
whatever la..i can't follow ur way,
Just thank for help me for the past



Future..Please be nice at me
^^
hehe
New place,new style,new friend
Agogo sayaaa..huhu..

Just start it with
Bissmilahirahmanirahim






Wednesday, July 4, 2012



About Panda.e'oo >_<
1. 90%  menu makanan Panda adalah buluh.
2. Panda boleh memakan buluh sehingga 40kg dalam 1 hari saja.
3. Panda menghabiskan 2/3 hidupnya hanya untuk makan.
4. Dalam Zoology, Panda termasuk dalam haiwan karnivor (memakan daging) . Tapi 90% makanannya adalah buluh.
5. Panda juga boleh makan madu, telur, ikan dan juga buah.
6. Habitat asli/asal Panda adalah hanya di China.
7. Di China, 'Panda' disebut 'Xiongmao' , manakala di Taiwan pula 'Panda' disebut 'Maoxiong' . Maksud 'Xiong' adalah beruang dan maksud 'Mao' pula ialah kucing
8. Walaupun seekor Panda kelihatan baik atau lucu, tetapi Panda juga akan menyerang manusia jika ia berasa terancam.
9. Sifat agresif Panda biasanya datang pada musim mengawan.
10. Panda mempunyai mata yang sama seperti kucing. Panda mampu melihat dalam gelap dengan lebih baik berbanding beruang yang lain kerana pupil panda berbentuk vertikal.
11. Telapak tangan Panda sama seperti beruang lain, kecuali tulang pergelangan tangannya lebih besar yang berperanan membantu memegang buluh ketika makan.
12. Panda juga merupakan haiwan yang hebat mendaki, Panda boleh jumpa tempat untuk berlindung/berteduh seperti di atas pokok mahupun di batuan. Malah Panda tidak memerlukan sarang untuk berlindung.
13. Panda juga salah satu haiwan yang tidak perlu melakukan hibernasi.
14. Panda hanya mampu mengawan sebanyak 1 kali dalam setahun dan mampu melahirkan 2 ekor anak pada masa 1 tahun itu.
15. Untuk menanda 'daerah kekuasaannya' (kawasan) . Panda juga menggunakan urin/air kencing untuk menandanya seperti di pohon atau batu-batuan.
16. Panda harus duduk atau berbaring ketika makan kerana mereka menggunakan kakinya untuk meyepit buluh.
17. Panda mempunyai gigi yang kuat dan mempunyai rahang yang kuat untuk menghancurkan/menguyah buluh.

Baru-baru ni aku terserempak lagi dengan dia...


Baru-baru ni aku terserempak lagi dengan dia.Masing-masing cuba menghidarkan diri.Aku bukan seorang yang pendendam tapi jika tentang dia entah mengapa,aku rasa nak sangat lupakan semuanya soal dia.Tapi makin aku cuba benci dia,makin aku sayang.Kenapa?.Sebenarnya dulu kami kawan tapi entah tiba-tiba mengapa persahabatan menjadi seperti orang asing dan kini sempurna menjadi musuh.Akukah bersalah?
Kadangkala bukan semua persoalan dapat dijawab dan dihuraikan.Aku dapat rasakan makin menebal kebencian dalam dirinya ke atas aku.Entahla..biarla aku teruskan berlakon membencinya walaupun sebenarnya aku masih sayang akan dia.Munkin dengan cara ini masing-masing dapat hidup dengan tenang.Dan sedaya upaya aku cuba melupakan masa lalu.I wish i can..do'a for me.

Sunday, June 24, 2012

.FirsTlove_highschool story.. updated


Assalamualaikum n Shelamat..huhu.
Baru ni Mrpanda dah kongsikan soal zmn highschool ngan korang kan..Sekarang ni Mrpanda nk kongsikan tentang 'cinta' ..jeng jeng jeng,,haha..Tipu sangatla kalau korang kata korang x pernah bercinta.Cinta itu satu anugerah terindah..betol x..tapi time break rasa mcm 'anugerah terburuk' kan..haha.Biasala tu ..setiap yang bermula ada akhirnya.MrPanda pun bukanlah pandai sangat soal cinta -cinta ni.Tapi bolehla shikit-shikit.

Kisah ni berlaku time highschool jugak..Timeni baru nak belajar tntng 'love story' nie.Setahun kot MrPanda usha je girl sorang ni.Nak tegur segan tapi hati dah ada taman..Cun..baek dari ladang tahu..Tapi bkan MrPanda trpikat dgn KecUnNan diew tapi ...pergh..baek doe budak nie.Bukan nak katala..yg mcm ni law tunjuk kat opah kompom opah kata kompomla bleh wat calon bini..huhu.Girl tu tak sekelas sekali ngan Mrpanda.Dia kelas number satu ..mrpanda kelas number 2 jew.Mrpanda kat sekolah dulu bukan mesra alam sngt..Selalu wat hal sndiri.Ada yang kata belagak la apa la.tpi sbnarnya malu...Pemalu kowt.
Bak kata org Pineng..Penyegan ya amat..HAHA.Sampai satu hari tu,MrPanda nmpak dia kat koridor...bkn koridor multimedia tu..koridor luar klas...Dengan penuh ketaqnya selamber bewak je la jalan p kat dia.Orang kata cover out of service la time tu..tetiba dia tertengok MrPanda.Terus rasa mcm pitam..Nevous woo...Lembek lutut2.tpi still leh cover.MRpanda pun bgila salam...huhu.kang x bgi salam kta x da agama lak kan.Diew pun jwab..Dalam hati mrpAnda kata'wahh..cantik...ada respon'..Lepas smbg pnya smbng...Mrpanda pun mtkla number pHone...ingat x dpat..tpi dpat doe...mcm nak terSHUFFLE kat situ...Time tu time rhat...aduss loceng dah bunyi..kena masuk kelas balik ni.Entah apa yang cikgu ajar time tu kat dalam kelas pun x tahu.Dalam otak dok ingat umah dah..balik2 terus nk pm girl tu..tpi kan yang Mrpanda tak berapa nk selesa time dlm klas bkan apa..adala sorang girl tu...asyik usha ja..segan la...'woi..usha apa..tumbok kang' nak sgt kata'''tapi terkata dalam hatija.mrpanda x minat law ngan girl sekelas nie..x best.Tau tak..time tu...cikgu ajar apa pun x tahu.X dgar pa..nmpak mcm cikgu tengah 'miming' je...ntah berapa lama ntah dalam kelas tau tau loceng balik dah bunyi....apa lagi terus mrpanda sambar beg dan terus keluar melalui pintu belakang.,,terus ke jalan ke belakang pejabat untuk mendapatkan kapcai mrpanda.Alamak...kunci kapcai....tertinggal bawah meja..adoyai..mmng spoil la la patah balik...rajin 8 kot ..kelas punyala sebatu jauh..haih..nak mcm mana kan ..kena jugakla patah balik.Aduyai...selisih dengan cikgu yg masuk tadi pulak...tebal muke la doi...achaner an..tak kan nak wat muka bersalah pulak..ni lagi satu..budak form 1..usha x maw –maw..hai adik2 oi...baru form 1 ..usha pe...ngaji rajin2 la oi..haha..jalan punya jalan...walawei...gadis ayuu turun tangga tapi mlas la nk lyak...kunci motor lagi penting...tapi.....yang ni mmng spoil..sidie baru keluar kelas kot..sudahh..mcm mna ni..dengan mrpanda dah pkai LIPAN BARA kat tanggan..baju dah tight out...arr...biarlah..nk tgur jgak..baruje nk tegur..perghh...cikgu disiplin kot baru nk kluar kelas..mandi aq mandi..fkir pnda fkir...dgn muka tak bersalah trus masuk kelas sblah ngan cikgu yg still ada..lega la time tu cikgu tgah tulis kat papan hitam kira x nmpak la..budak2 kelas usha ja..usha pon usha pelikla...janji lpas ngn cikgu dsplin..fuhh....lega...dpat invi dari 2 cikgu dlm satu masa...tapi..sidie dah x dak...nahh..melepas sudah...haha...adha ku kay sah..trus mrpanda lari masuk kelas..ambik kunci motor..eh...member da lagi...
‘’zul...x balik lagi de...watpa..’’
‘’dowload lagu jap..’’
Mrpanda mlas nk smbng lama2 trus blah...
‘’aq balik dlu doe’’
Sempoi je wak moto 60 km/h..memang kna maki kaw-kaw la sapa yg flow blakang tu...dgn muka x bsalah mrpnda truskan perjalanan...
Yang tak boleh blahnya mrpanda bleh wat peace lg bila depa potong..haha..sempoi..senyum jo.Tengah feel bawak kapcai ..law x salah kat simpang nk masuk weng ..da girl ni wak mto...time selekoh punyala wat gaya ...ayula konon...mrpanda usha jela...nahh...keceperrr...tertongeng di muka jalan yg indah itu...motor ke mana orang ke mana..mrpanda bentila jap...orang punyala ramai benti tlong..tpi da sorang pakcik ni..hey kuang hajo..adoko ambik nombor moto girl tu..nak toto la tu..ish2..terok2...pakcik oii..law kena kita kating dua k..haha...nehh..
Sampai ja umah terus mandi...solat..makan...pastu tgokla handset...urm...misscall n msej...mlas la nk check..katil dah memanggil..tdoo.....
Malam tu...........


Friday, June 22, 2012

Ya Allah....ku mohon...

Jam menunjukan tepat pukul 1.49 pagi..hmm..tapi mataku belum layu lagi .Entah apa yang bermain dikotak pemikiran,Jika ia soal cinta...memang jauh tersasar dari ruang legar fikiranku.Jika ia soal sahabat,..baru sebentar tadi kwan yang sudah lama aq tidak mendengar khabarnya ..im di fb.Aan..Walaupun sbnarnya aq dan dia tidak pernah bersua muka tapi aku seakan mengenali dia..munkin dia persis yang terdahulu.Alhamdulilah ,Aan dapat melanjutkan diri ke Uitm.Itu rezeki dia,aku sebagai sahabat cuma dapat berdoa agar dia berjaya disana.Insyaallah.Tika dan saat ini...sbnarnya aku masih teringatkan dia...dia yang bernama seorang kekasih..tapi buat masa lalu.Senyumannya,percakapannya ..sering terngiang-ngiang di telinga.dah byak peluang yang telah kami berikan kpda dri kami sndri untuk mmperbaiki ksilapan dri..tapi disaat aku inginkan satu lagi peluang ...hatinya sudah mula terkunci.Munkin dia telah bertemu dengan kekasihnya yang dulu.Aku akan belajar melupakan dia ....walaupun ia mngambil msa bertahun lamanya.
Buat si kupu-kupu malam ...tolonglah sampaikan salam terakhir buatnya.

Ya Allah....disaat ini..hambamu terasa begitu kosong..telah banyak kehilangan yang hambamu ini rasai..satu demi satu,air mata ini sudah kering berlinangan dipipi,mengusik jiwa yang makin rapuh.Andai masa boleh ku putarkan,ingin sekali aku kembali pada masa lalu..saat dimana aku ada semuanya,sahabat,kekasih dan insan yang ku sayang.Berikanlah hambamu ini cahaya kebahagiaan..kurniakanlah seorang sahabat sejati jika hambamu ini tidak layak mendapat kekasih yang terbaik untuk menemani hari-hari yang mendatang.Cukuplah jika Aan,eton,nuem,ila,akram,mra yang telah ditakdirkan buatku untuk aku jadikan sahabat,kerna jika itu yang terbaik aku bersyukur padamu.Aku sayang pada mereka..Aku cuba menjadi sahabat yang terbaik buat mereka walaupun sesibuk mana pun aku..kerna sahabat sejati tidak mudah berubah hati.
Jika dulu aku luahankan pada kertas putih,tapi sekarang kertas putih maya ini menjadi pegantinya..

Aku Bukan Penulis
        -Panda-

Sunday, June 10, 2012

Anda pernah terasa hiba,kosong,sedih atau seumpamanya?


Anda pernah terasa hiba,kosong,sedih atau seumpamanya?.Jika ada ..mesti anda dapat lalui semua ini semasa anda hilang sahabat,kekasih ataupun orang yang kita sayang .Aku pun merupakan antara yang merasakan semua itu.Hidup bagai bebuih di lautan.Rasa kosong ,kesepian.Tiada yang menemani hanya dibuai alunan ombak .Kadangkala mesti kita rasa kenapa nasib kita sebegini kan.Kenapa orang yang berada disekeliling kita sering tersenyum riang,bagai tiada masalah yang menimpa mereka tapi kita..diapit luka disulam duka.Aku bukan doktor falsafah yang mahu memberi nasihat,aku bukan ustaz yang dapat memberi bimbingan.Aku hanya seorang penulis.Penulis yang ingin berkongsi tentang kehidupan bersama pembaca-pembaca yang lain.
Dalam hidup ini bukan semua benda yang kita rancang kita dapat.Semua itu takdir oleh Allah s.w.t.Cuma kita perlu berusaha untuk mencapai apa yang kita impikan.Biar impian kita untuk mencapai bintang dilangit...walaupun hakikatnya awan pun belum tentu kita dapat mencapainya.Kita manusia biasa,pegerakan kita terbatas.Walaupun kadangkala imaginasi kita bagai infinit...tiada batasnya tapi ingat itu hanyalah imaginasi.Bukan hakiki.
Jika anda mencari sahabat,carilah sahabat dunia akhirat.Anda pernah dapat sahabat yang hanya atas nama sahabat.Maksud ...?? sahabat yang ada bila kita senang dan hilang jejaknya bila kita susah.Sahabat seperti itu memang banyak dimuka bumi ini tapi sahabat yang ada tika senang dan susah memang susah untuk kita dapat.Itu dinamakan sahabat sejati.
Anda pernah terbaca petikan ini?
Kawan ..apa yang nak dikesalkan kerana kawan kau kehilangan kawan.Apa yang nak disedihkan hati.
Jangan sedih..terlalu tersisih..bukan kau saja..ditimpa malang
Ingatlah pada mereka,para rasul mulia,mereka dihina,menderita..tetapi mereka tetap utuh menyampai agama islam.
Apalah sangat nak dibandingkan kesedihkan kita dengan kesedihan mereka.Ingatlah jika anda rasa anda ditimpa malang,mesti ada yang lagi malang dari anda.Kita diduga olehnya untuk menjadikan kita lebih matang,dan untuk kita memperbaiki diri kita.Fikir-fikirkanlah..

                                                                                                                                                     MrPanda
                                                                                                                                  Aku Bukan Penulis.

Friday, May 25, 2012

Lamunan di beranda...

pabila didetarkan getaran jiwa..
Terasa ingin putarkan masa yg berlalu..
Membetulkan apa yg silap,
Melengkapkan apa yang kurang..
kembali pada saat pertamanya aq bertemu dia..
Memadamkan hari terakhir kisah antara kita..
Tapi..
Ia semata-mata angan2..
jika semua yg dihasratkan tercapai..
Kita x mnkin akan lebih bertanggungjawab,melengkapkan diri setelah mengetahui kekurangan...ia tak adil bukan...tapi..inilah sebahagian dari kehidupan..

Thursday, May 3, 2012

Pertemuan dan perpisahan memang ditakdirkan bersama...

Pertemuan dan perpisahan memang ditakdirkan bersama...
Jika dahulu kita bermula dengan bersalaman kini ditakdirkan untuk berakhir dengan perpisahan..
Termasuk la aq sendiri..
Besok aq nk turun ke pudu central...taking bus balik kedah..
Stay form 6 dulu sblum dpat U.
Sedih memang sedih sbb sekarang,kawan2 kelas yang dulu dah tak sekolah sekali.Aq pun bukannya banyak sangat kawan..nuem x dapat form 6 sbb dia dapat matrix tpi dia tunggu upu...dia budak pandai,kaki gamer..tapi IQ memang superb..pandai seih,..Mesti la belajar jauh nanti ..mud? .otak dia ,jiwa dia memang sesastera ngan aq..pak lawak x maw- maw..aq lost contact ngan member sorangni..munkin dia dah ke plkn.Yat..munkin ramai yang x tahu...persahabatan aq dengan dia memang ada pasang dan surutnya,dia ajar aq tntng persahabatan dan dia juga ajar aq tentang erti sedihnya bila hilang sahabat,tapi aq x salahkan dia...mcm yang dia cakapkan...'Natural change'.bro aan.dia memang persis sahabat aq dulu...sahabat yang mengajar aq erti kehidupan tapi hdupnya tidak lama dibumi ini..hurm..baru je aq nk kenal ngan aan ni ..tapi pakat dapat form 6..mesti la berlainan sekolah,bro aan kt penang,aq kedah..Memang dah takdir ilahi aq bukan menjadi sahabat dia untuk selamanya..apa yang boleh aq cerita tntng dia..AAN? comel,baik,senang la bkwan ngan dia.tapi ada satu je...susah skit law nk contact sbb dia slalu sbuk...biasa la,masing2 ada kehidupan masing2 kan..for aan..aq doakan ang tercapai cita2 ang tu..nice to know u bro..ermm..sapa lagi ek..a'a...my buddyz...ila..dia baik,happening n caring jugak la..tpi relation kami hnya stakat buddyz..mana mnkin aq ngn dia boleh lebih dari tu..dia pun dah ada bf,,siapala aq nk dbndingkan dgn bf dia..hahaha.
Boleh dikatakan genap setahun aq mengsingle kan diri..bukan apa..cuma aq  takut aq sakitkan hati sesiapa yg menyintai aq..aq bukanya pandai dalam soal pencintaan.Hidup ini pun dah macam telenovela petang2 tu..Macam 2 hal..huhuhu..saboojela..
Cukupalah aq merantau negeri orang..belajar berdikari...kini tiba masa aq pulang...
Sambung belajar...ilmu tu mmng penting..tanpa ilmu...Sempitlah otak,gelap masa depan..
Wish me luck 4 the next 'study'...Assalamualaikum..

Tuesday, May 1, 2012

Kembalinya Jejak Ku..

Bukan Niat menhilang...
Bukan ditelan kelam malam
Munkin hanya ditutup kabus malam..
Sehingga hilang jejak...
Tapi kini...
Kembalinya aq..
dengan satu tujuan..
membetulkan apa yang salah..
Menenangkan segala yang resah..
Tiada apa yang mustahil..
dunia ini sering berputar..
manusia juga senang berubah,,,
Kini,,
Tunggu aq ..kerna aq bukan yang dulu lagi..

Monday, March 26, 2012

Dan sebenarnya...

Dikala Malam menghelakan nafasnya aku terdiam..
Direnung bulan,ku renung kelam malam..Sepi....
Alhamdulilah ..
Ku temui seorang sahabat maya yang persis seperti sahabat yang lalu..
Telatahnya ,sifatnya...
Dulu aku seakan tertipu dgn keajaiban dunia ..
Aq sangkakan sahabat aq yg dulu masih hidup tapi sebenarnya tidak..
Mana munkin yg pergi akan kembali
Aan..dia yang ku sangka shbt yang lalu rupanya tidak ..
mnkin aq masih tdk dpat mlupakan dia...
dia yang bernama sahabat sejati 
Yang dulunya memberikanku nafas untukku meneruskan hidup tapi pergi untuk selaamanya
Selepas dia pergi aq mula suka menyendiri 
biarlah semua kata aq sombong atau apa sahaja
Cuma aq masih belum temui erti persahabatan untk kesekian kali..
telah aku karyakan kisah hidup ini dalam cerpen ainul faeza La tahzan
Ia hadir dari jiwa dan ku huraikan diatas kertas yang ksong untuk tantapan bersama
Ku akui ,ada kalanya aq bosan hdup sebegini
tapi inilah aq
Dan sebenarnya jiwa aq sudah lama pergi...