Friday, May 31, 2013

Tak pernah sesekali terlintas dalam kotak pemikiran untuk membenci dia....

Tangan ini seakan menggigil ingin mengatakan sesuatu.Di sebuah sudut kotak pemikiran terjawabnya sebuah persoalan.Kenapa dia tak hadir semasa reunion baru-baru ni.Dia benci Aku.Itu lah sebuah hakikat yang aku kena terima.Semua persoalan ini terjawab apabila salah seorang dari rakan sekolah menceritakan semua ini kepada aku.Dia tak akan hadir di mana-mana event yang adanya aku.Yang lebih menyakitkan apabila dia mengatakan tak tahan dengan sikap aku.Sikap apa?Kenapa tak pernah ceritakan semua ini pada aku .3 tahun.Tiga tahun aku mencari jawapan ini.Dan hanya ini jawapannya.Dia terlalu benci aku.Ok.Dia yang dulunya aku sangka seorang kawan yang terbaik pernah aku ada sekarang menjadi seakan musuh terbesar dalam hidup aku.Rahsia ini biarkan aku ceritakan semuanya.
Tiga tahun yang lalu.
Aku ditempatkan disebuah sekolah didaerah sempadan kedah perak
Aku terasa begitu asing disitu hingga aku bertemu dia.
Di dasar matanya aku dapat melihat kehidupan aku dahulu,dikongkong,penuh dengan peraturan,inginkan kebebasan.Aku tahu itu semua.Sebab aku pun pernah rasa.Hari demi hari persahabatan kita menjadi lebih akrab,kita banyak luangkan waktu bersama ,belajar,riadah.Event sekolah.Sampailah pada suatu hari tu.Aku dapat lihat perubahan dia.Dia seakan menjauhi aku.Hari demi hari,aku seakan tak pernah mengenali dia.Kenapa jijik sangatkah aku,rendah sangatkah taraf aku ?.
Sehingga pada suatu hari aku putuskan untuk berjumpa dengan dia.
Ku tanya kan kenapa
Akhirnya hanya perkataan terakhir dari mulut dia yang aku tengar
It "nature change"

Hingga hari ini aku masih tahu dia benci aku,munkin dia ada alasan yang tersendiri
tapi dia tak pernah tahu,tugasan dia semasa sekolah dulu aku yang selesaikan,sesiapa yang membuli dia ku halang,aku tolong apa sahaja sebab aku ingatkan suatu hari nanti kita sama-sama akan berjaya.rupa-rupanya,ini sahaja balasan untuk semua yang aku korban kan.,sebab aku tak mahu dia gagal seperti aku.Biar aku gagal .asalkan dia menjadi lebih baik dari aku.Semua ini biarlah menjadi rahsia bagi dia.
Biar dia membenci aku
Tapi aku tak akan pernah sesekali membenci dia
kerana apabila aku bermula bersahabat dengan seseorang itu
aku akan anggap dia sahabat.
Dunia dan akhirat.

Thursday, May 30, 2013

^^ .. T_T ...>.< semua mood ada untuk harini

Salam semua..
Hari ini panda happy,marah,sedih,semua rasa itu hadir untuk hari ini.
Apa yang happynya ..
Pagi-pagi lagi panda dapat panggilan telefon dari kawan panda ni,ajak keluar jalan-jalan.
Time tu panda mamai agi rasanya... panda pun kata ja ya...lepas mandi semua siap.Baru la gerak dengan kawan pandani.Wah,konvoi ke pinang rupanya.... ^^ aktiviti paling panda suka.Konvoi naik motor ramai-ramai..Huhu.best.Dalam 7 org tadi..ada yang naik si rr,si tupai,si dash,panda naik si panda ja..pelan-pelanja.
Pelan ?.
Yela sangat.Depa bawak laju kot.fuyooh...mentang-mentang la atas highway..hehe..terpaksa la panda pun terlaju sikit..kira terasa di cub prix pulak tadi.Kami berhenti dekat satu mall .Satu mall pusing,makan-makan,semua setuju nak tengok biker kental.perghh..seronok cerita tu.zizan ngan awie plak belakon..hussiennn..hussienn....hehe.
keluar-keluar ja dari cinema tu pakat ketaq.sejuk,aircond keluar ais ke apa.grrr...hehe.
Lepas enjoy semua keluar la dari mall tu..ala hujan.
Haha..tak kisah pun.Jaket glove semua ada ja dalam dalam beg tank.So ujan tak ujan.Redahje..hehe.
Yang sedihnya sampai dekat pekan baling ,panda ngn kawan sekampung panda bentila makan kat satu kedai mamakni.Sedar-sedar lepas makan tengok helmet panda kat motor dah tak ada.Geramnya,apa la nak jadi ,mencuri ja kerja,tak berkat hidup mencuri ni.Haih,buat malu orang baling ja,memang la panda bukannya anak baling jati tapi buangla sifat2 yang allah s.w.t tak suka tu.
Kalau perangai mencuri tu tersangkut kat anak ang camna,satu family jadi pencuri.
Nasib baikla kt malaysia hukum hudud tu tak aktif sangat kalau tak,haih munkin baru kurang skit pencuri ni.
Malamni panda nak tanya pendapat sikit,tapi kawan-kawan cam sibuk ja.so panda batalkan la hasrat hatini.okla..enjoy ur day =D

Wednesday, May 29, 2013

Thank kawan ... ;P

Hehe.
Tak larat nak emo lama-lama.
Benda pun dah jadi kan.
Btw...
shammmm....tq kawan ^^
hope sham dapat akj sem dpan and success selalu.U deserve it .
ila...oitt..time bila follow blog panda ...segan la camni..btw sorry law blog x cantik.hehe.tak pandai pun tulis-tulis ni.
Apa plan lepasni?
entahla
Ada yang suruh buat rayuan,ada yang kata ni,ada yang kata tu..
yang nak tengok result pun ada.
Macam-macam tapi trma kasih la .

okla.
speechless..


Berakhirnya noktah disini....

Kenyataan tetap kenyataan.Dan ini semua bukan lagi sebuah mimpi ngeri.Kemarin keputusan final exam dah keluar dan dah dijangka.Result kali ini memang memberikan satu impak kepada panda.
Panda gagal.Apa panda boleh buat selain dari menerima kenyataan.Soal hati?.entahla.bukan senang nak menerima sebuah kenyataan dalam satu masa.Munkin inilah takdir yang menyatakan panda bukan lagi salah seorang pelajar ipt.Nampak gayanya perlulah kaki ini mula mengatur langkah.Kemana?.entah la,..hala tuju masih belum dapat ditentukan.Jika berbicara tentang air mata munkin dah tak dapat di tangisi.Kerana ia telah berlalu pergi untuk sesuatu yang lain pada suatu masa dahulu.Harapan untuk mula bersahabat dengan seseorang yang panda kagum di ipt munkin hanya menjadi sebuah cita yang yak kemana.Panda hanya dapat doakan yang terbaik dan mohon agar pakcik cepat sembuh dan dapat tersenyum melihat kejayaan anaknya.Dia layak untuk terima semua itu.Disebalik yang jernih munkin tersimpan 1001 satu rahsia .Abah,mak dan ahli keluarga yang lain masih belum tahu tentang ini.Munkin nanti mereka akan tahu juga.
Maafkan panda..
engineering itu bukan untuk panda.
Buat kawan2 yang panda pernah kenal di ipt.
Jadikan kenangan kita bersama itu sebagai sebuah mimpi yang telah lama dikaburi mimipi2 semalam.

Assalamualaikum

Panda Si Gagal

Tuesday, May 14, 2013

Munkin akan tiba masanya.....

Malam ini dingin seperti biasa
Rumput rampai diluar sana munkin masih basah dihujani titisan rintihan langit malam
Hari ini rasa itu datang lagi,rasa yang sebenarnya sudah lama aku rahsiakan dari sesiapa
Ia datang tak diundang dan pergi tak dihalang
Sebenarnya kesakitan yang aku alami ini sudah lama aku pendamkan.
Tak salah aku dari sekolah menengah lagi atau munkin lebih awal dari itu
Tapi aku dah tak kisah
Nyawa ini hanya pinjaman 
Bukan kekal
Insan yang aku sayang pun telah pergi selamanya
Seorang sahabat dan seorang kekasih
Munkin semakin hari semakin suntuk tapi aku cuba lupakan semua itu
Pesakit mana seronok dilayan seperti seorang pesakit
Aku masih ingat lagi
tika aku bekerja di pahang
abah pernah bertanyakan soal itu tapi aku mengelak,aku tak mahu abang risau,cukuplah dengan tanggungjawab abang sebagai seorang polis itu berada di atas bahunya.
Tak apa panda,nyawa,rezeki,cinta semua itu tuhan yg tentukan
jika ada lagi masa yang ada,selagi itu ada nya panda
Aku besyukur ,selama aku hidup dibumi islam ini aku dapat berkawan dengan perlbagai jenis ragam manusia
Aku sukakan persahabatan ,munkin dulu aku sukakan cinta.tapi sejujurnya aku tak pandai dalam soal itu.
arwah megat,arwah helmi,arwah ... dan arwah....,zah,hayat,nuem,aan,sham,zarul,hakim.
itu semua persahabatan yang munkin aku tak akan lupakan.
malahan kalau ditakdirkan aku pergi dulu,aku terima walaupun aku tak sekuat itu
Sebuah cerpen Ainul_faeza la tahzan telah siap aku karangkan.
munkin ia dapat mengantikan tempat aku jika sesuatu yang tak diingini berlaku

walaupun sebenarnya 
Aku Bukan Penulis

Saturday, May 11, 2013

that day will come ....

Time is running out
Seriously i feel i dont accomplished it
Around this 28 may .i will get my final result for this sem
i dont know how to show what i feel 
nervous ,affraid,it completely owning me

I know
it will not be the end.but it will be the day that i will start walk off and go away from people that i know
surely i m not ready yet.
but if it turn real
I will take a walk and try to be human
not a just a bloodseeker

Im not smart as well as another people
maybe i can yell to myself
but someday onward i will show that i can success too

Yup
i am offically an vilage boy sure that will not have completely facilities to me and other teenager of this village can go futher more.But it about what we want.If we want get more than this.We need to find the way,yeah.there will be a sacrify.I will do it to archive what i want.

My bestfriend have already dead,also the girl that i love.
I admit,this is not who i am
i lost for a long time
try to find a way to survive
but in another eye i already dead inside



Wednesday, May 8, 2013

Masa lalu.....tentang abah

Abah
Sejujurnya sejak kecil hubungan panda dengan abah tak begitu baik.
Panda pun tak pasti apa yang membuatkan hubungan seakan dingin begitu
Munkin abah lebih rapat dengan kakak atau sebab panda tak sepandai kakak.
Panda masih teringat semasa sekolah rendah dulu.
Abah tak pernah datang bila panda dapat anugerah,dari darjah satu ,dua ,hinggalah ke darjah enam.
Malahan semasa panda berjaya mendapat 5A pun abah tak datang,hanya emak.Emak yang sanggup datang.Ya,masa itu keluarga panda susah.Emak datang berbekalkan kederat yang ada berjalan kaki untuk melihat keputusan panda.Hati panda sedikit tersentuh pada masa itu bercampur baur dengan kegembiraan dengan keputusan peperiksaan ada pada tika itu.
Emak tersenyum,Emak memeluk panda,alhamdulilah,panda gembira melihat air mata kegembiraan emak itu.
Kenapa Abah .. panda tak minta abah belikan apa-apa atau hadiahkan apa-apa pada panda.Cuma panda mahu abah ucapkah TAHNIAH.
Tak apalah...munkin abah sibuk..
Hari berganti hari
Masa berganti masa..
Pada suatu hari habis saja kerja abah terus balik dan keluar semula.
Dan abah tak balik hari itu.
Selalunya abah tak begini,banyak persoalan yang ada dalam kotak pemikiran panda masa itu.
Esoknya abah balik.Tapi ada sesuatu yang tak kena dengan abah.
Malam itu,disaat panda pulang dari mengaji dirumah tok.Panda terlihat abah,abah meraung kesakitan.
Panda segera mendapatkan abah,Entah masa bila air mata panda mengalir laju pada tika itu,panda terus mendapatkan mak dan berlari ke rumah tok.
Abah .. 
Abah terkena strok..
Tika dan saat itu hanya tuhanlah yang mengetahui perasaan panda dan sekeluarga.
Melihat abah begitu.

Hari demi hari
perbagai kaedah perubatan kami cuba
akhirnya abah sembuh semula
Dapat melihat abah tersenyum semula 
cukuplah membuatkan kami sekeluarga kuat semula mengharungi kehidupan.
Abah
Panda tak kisah kalau panda tak dapat banggakan abah,atau abah tak sayangkan panda seperti abah sayangkan ahli keluarga yang lain
cuma panda mahu abah sihat.
sebab panda
SAYANG ABAH

Tuesday, May 7, 2013

Hari ini...

Salam semua..kalini panda nak kongsikan apa yang panda buat untuk harini
Buat first timenya panda mangun pagi utk cuti sem ni.selalunya panda jadi batman praktikal ..siang tido malam aktif ja.Seawal pagi panda satu family tolong abah dekat kebun.Biasala ,bagi kami orang kampung ni,berjasa pada tanah tu dah macam aktivit biasa .Panda tak pernah terlintas hendak kan tanah abah,kalau boleh panda nak tanah semua abah bagi kat adik beradik yang lain.Sebab panda tak mau la gaduh pasal tanah .Eh dah macam dalam drama kerajaan pulak kan.Sampai matahari terpacak dekat atas kepala jugakla panda tolong abah.Habis je tolong ..panda balik .Alhamdulilah ,bendera-bendera politik yang dekat tepi jalan tu dah tak ada.Panda sebenarnya tak suka sangat politik-politik bagaini.Janji melayu yang peneraju sudah.Hidup orang melayu.hehe..excited pulak.hehe.Tapi panda sedih sikit petang tadi,panda jumpa kawan baik panda.Dia cakap petang tu dah nak balik,maklumlah dah dapat kerja kan.So tak boleh buat apala.apa la panda nak buat pada hari yang mendatang,law tidak boleh jugak lepak dengan dia.Ini dia pon dah tak ada dekat kampung.hmm..Apa-apa pun panda harap dia kerja elok2 dan jadi pekerja yang cengginie...
apa tu cengginie?

Terbaek la maksud panda..hehe...
setakat nije kali ni..Lain kali cerita lagi..
papai

Sunday, May 5, 2013

Sekadar berkongsi ^^

Salam dan selamat pagi ..hehe
..pru13 dah pun lepas.Kita terima la dengan seadanya sebab itu suara rakyat kan.Apa yang panda nak berkongsi untuk kali ini,Panda rasa panda dah boleh terima yang kisah panda dengan mereka berdua memang ditakdirkan bersama.Satu kisah mengenai persahatan yang tidak kemana dan sebuah kisah cinta.Munkin itu kisah cinta monyet zaman muda mudi dulu.

Panda pun tak pasti hari dah cuti yang keberapa.Siang tidur malam dah macam batman panda ni.hehe.Apa nak buat,hujan ja bila siang .
Ramai yang bertanya kenapa panda suka sangat berkawan dengan ramai orang.
Kenapa?
Panda cakaplah
persahabatan ini tak sama mcm hubungan yang lain.Bila kita bersahabatni tak kira macam mana pun kita bergaduh,bila surutnya darah amarah tu kita akan berbaik semula.Tapi cubalah memilih kawan yang terbaik.Tak salah memilih ,sebab sebenarnya kawan ni boleh mempengaruhi siapa diri kita.Jika tanya macam  mana panda pilih kawan.
Panda senang ja,budi bicara,niat berkawan tu yang penting,panda tak kisah kawan panda macam mana,tak sempurnaka ,tak pandai ka,gemuk,kurus...semua tu tolak tepi.Sebab semua tu tak memaparkan siapa seorang sahabat itu sebenarnya .Jangan disebabkan rupa fizikal seseorang itu kita segan untuk berkawan.
Ingatlah kita semua tidak sempurna
^^

Saturday, May 4, 2013

Akan Ku Cuba...

Sia-sia penantian selama ini
kisah kita berakhir dengan satu mimpi ngeri
yang dulu pernahku sarungkan sebuah cincin di jari manisnya
kini ia cuma satu hikayat cinta

Dari sebuah persahabatan menjadi sebuah cinta
meraung pada pasangnya ombak laut
merintih kenapa terjadinya semua ini
meminta semua ini hanya satu mimpi

tapi sekarang aku sedar
kenapa kita tidak ditakdirkan bersama
kau dan aku terlalu banyak jurang perbezaan
Putera 'panda' dan Puteri 'katak'
mana boleh hidup bersama

Munkin untuk melupakan dia 
mengambil sepurnama lamanya
atau munkin lebih lama
akan aku cuba dengan sedaya upaya
walaupun pahit jelas terasa
kerana cinta itu bukanya milik kita




-Aku Panda-

Dilamun Rindu -apit

Dilamun Rindu 

Mengapa ketika bila aku sendirian
Terkenang kenangan waktu kita bersama
Pilu rasa hati bila engkau tiada di sisi
Indah waktu itu bila engkau di sampingku
Seakan dunia milik kita berdua
Kini kau tiada hanya aku dilamun rindu

Mengapa kau menghilangkan dirimu
Katakanlah salahku
Sehingga kau hancurkan hidupku
Chorus
Berikanlah kesempatan untuk aku menjelaskan
Agar engkau kan fahami apa yang telah terjadi
Tak perlu kau meragui ketulusan hati ini
Kerna aku disalah mengerti
Ulang Chorus
Tidak pernah pun terlintas untuk aku menduakan
Kerna ku telah berjanji
Cinta kita kan abadi
Tak perlu kau mengkhianati
Cinta yang luhur dan murni
Di atas tohmahan orang lain
Indah waktu itu bila engkau di sampingku
Seakan dunia milik kita bersama
Kini kau tiada hanya aku dilamun rindu
Kini kau tiada hanya aku dilamun rindu

Thursday, May 2, 2013

Hari Ke 7 _ CUTI SEMESTER

Hari ini merupakan hari ke 7 cuti semester.Alhamdulilah,impian salah seorang sahabat panda untuk bermain futsal akhirnya tercapai jua.Hey kawan..have fun.Dan seorang lagi kawan panda ,alhamdulilah dapat temuduga untuk bekerja di penang.Munkin itulah peluang dia untuk menjadikan apa yang dia impikan menjadi kenyataan.Sunyi lagi la kat kampung ni tanpa kawan-kawan.
Tentang panda?
Sebenarnya panda pun masih tak ada rancangan lagi untuk cuti sem yang panjang ni.Malam panda aktif,siang tido..haha..itulah panda pada musim cuti.Sebenarnya panda bosan juga dekat rumahni.Maklumla sorang.Abah sibuk dengan kerja,mak dan ahli keluarga yang lain masih di pahang.Bukan panda tak mahu ke sana.Cuma tak kan nak biarkan abah seorang sahaja di rumah kan .Lagipun sebenarnya kesihatan panda tak pulih sepenuhnya.Biasala,sakit ni datang tak diundang kan.Tapi panda rahsiakan dari semua orang kecuali abah dan tok.Pada mulanya panda nak bekerja buat cuti sem kali ni tapi itulah.Di kampung ,apalah pekerjaan yang boleh panda buat.Nak tolong abah menoreh ,sekarang musim hujan,nak bekerja di cc,cc pun tak ada kat sini.Oleh itu panda ambik masa ini untuk menyiapkan kesinambungan kisah cerpen panda .Ainul _faeza La Tahzan

Munkin ia kisah tentang kimy pulak.Apa yang terjadi pada Adam setelah pesawat yang dinaikinya terhempas?.Adakah Kimy tak apa-apa bila mendapat tweet terakhir dari Adam,bagaimana pulak tentang Miza dan Faeza?
Semua itu akan terjawab nanti =)
Buat kekawan panda yang sedang cuti sem tu.have a nice holiday dude
Kita
SAHABAT

Wednesday, May 1, 2013

Kisah Dia Memadamkan Hasrat Aku Untuk Menoktahkan Kisah Aku Buat Selama-lamanya

Dah lama aku menyepi dari menulis dan meninggalkan dunia blog ni.
Tapi pagi ini hati aku terdetik untuk meluahkan sesuatu .
Di saat yang lain masih lagi dibuai mimpi-mimpi yang sempurna aku tersentuh dengan sebuah blog seorang remaja di sebuah perkampungan di sanglang.Kisah beliau yang inginkan satu perubahan yang lebih baik untuk keluarga beliau.Munkin di mata kalangan masyarakat yang lain ini sebuah kisah biasa tapi bagi aku seorang penulis.Aku sedar ia tentang keazaman dan impian seorang remaja ingin sangat mengimpikan apa yang di impikan itu menjadi sebuah realiti dan bukan hanya sekadar impian kosong.
Sebenarnya aku tak begitu mengenali tentang remaja ini tapi aku tertarik dengan cara hidup beliau yang sesungguhnya amat menitik beratkan tentang nilai-nilai murni dalam hidupnya.
Seingat aku kali pertama aku bertemu dengan beliau tika mulanya aku menjadi pelajar di institusi pengajian tinggi polikteknik.Gabungan antara dua kelas DTK ( engineering electronik computer) membuatkan aku bertemu dengan beliau.Bagaimana?
Beliau atau lebih dikenali dengan syam telah menyentuh bahu aku dengan sengaja ataupun tidak dan mengatakan SUPRA.Munkin kerana aku penggemar barangan supra membuatkan beliau berkata begitu.Tapi yang membuatkan aku tertarik untuk menjadi sahabat beliau berlaku apabila beliau telah diberi tugasan untuk membentangankan sebuah tajuk tentang isu agama di hadapan.Cara dan gaya dia mengolah dan membetangkan isu tersebut membuatkan aku sedar ada sesuatu yang istimewa tentang sham.Tapi persahabatan aku dan syam tidak bermula pada semester yang pertama kerana aku mendengar pelbagai khabar angin yang mengatakan macam-macam tentang dia.Lagipun aku agak gugup jika berdepan dengan sesorang yang berbadan besar.
Persahabatan kami bermula pada semester yang berikutnya apabila aku mengambil keputusan untuk menjadi salah seorang sahabatnya dengan bermula berkawan di laman sosial yang lebih dikenali dengan facebook.Dan dia seakan memahami niat hati aku untuk menjadi sahabatnya dengan gurauan 'nak kenal ke'?
Aku pun menjawab "ketua taiko dtk2c,siapa tak mau kawan kan".
Bermula dari saat itulah aku selalu menegurnya tapi hanya didalam laman sosial itu dan akhirnya aku berjumpa sham dalam sebuah dewan dimana pada masa itu kami menghadiri kelas semiconductor.Aku mengambil keputusan untuk bersalaman dengannya.Kita bangsa melayu,rasanya itulah cara yang terbaik untuk memulakan sebuah hubungan persahabatan.
Pada pagi ini mata ini tidak dapat melabuhkan kelopaknya .Kenapa?.
kisah sham sedikit sebanyak menyentuh jiwa ini.Kisah dia,kisah cintanya,kisah kehidupannya membawa aku kedalam kisah aku sendiri.Yang sejujurnya aku mahu lupakan.
tapi lama kelamaan noktah untuk aku padamkan semua kisah lalu harus aku ceritakan.
Kerana kadangakala luahan lebih baik daripada memendam.