Tuesday, July 30, 2013

di suatu sudut.... tentang rasa..

Ramadan yg kian berpenghujung
Dan aku masih bisu di suatu sudut,hanya tangan ini yang masih tegar berbicara.
24 hb yang lalu
Malang tak berbau.
Aku terlibat dalam satu kemalangan.
Yang aku ingat hanya ambulan,jpam,dan akhirnya aku di hospital.
Di sana aku dilayan tak ubah seperti sampah masyarakat
Luka di bersih seakan mencuci baju
Sungguh lancang penolong perubatan berbicara.
Entah apa yg diperkatakan 
Yang aku lihat dia hanya seakan bermonolog
Aku dapat lihat suatu sudut yang lain firdaus dirawat.
Penglihatan aku kelam seketika

X- ray,
Ya bilik itu masih aku ingat
Setiap anggota penting aku diperiksa
Alhamdulilah
Tiada apa yang aku perlu risaukan
Cuma....

*********
Aku tersedar dari lamunan
Kesejukan malam membuatkan kesakitan itu kian terasa
Lutut,bahu...
Hantukan di kepala.
Tentang itu biar aku sahaja yg tahu.

Entahlah
Aku tak dapat ingat sepenuhnya kemalngan itu
Yang aku tahu
Raya kali ini munkin tidak bermakna bagi aku.
Munkin solat raya,bermaafan di pagi raya dan melawat kubur yang akan aku lakukan.
Hanya itu.
Semuanya tak akan seperti dahulu


Didalam sebuah tubuh yang berbeza lain pula ceritanya
# kawan
Penulisan yang lalu telah aku ceritakan tentang dia
Munkin raya kali ini akan terasa perbezaanya
Tanpa seorang ayah,yang pergi buat selamanya.
Bukan mudah menerima sebuah hakikat
Aku harap dia kuat
Aku menghormati dia seadanya
Kalau aku ditempat dia
Munkin aku dah lama menyerah kalah
Tapi dia lain.
Aku kagum dengan dia

Kawan,la tahzan.
Setiap kejadian ada hikmahnya
Dan dia masih ada kebahagiaan yang lain yang bukan semua orang lain dapat rasai
-Shamsyifa-

Biar noktah sementara ini menghentikan luahan ini buat sementara.
Akan tiba msanya cerita lain dipeceritakan semula

Sunday, July 21, 2013

::Kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita tertanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi ~ ::

::Kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita tertanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi ~ ::


Bismillahirahmanirahim,
Alhamdulilah,ini yang aku rasa buat ketika ini.
Disaat merenung ke luar jendela
Aku bersyukur dapat mengenal kisah tentang seorang insan yg dilahirkan sebagai anak nelayan.
Dan aku menghormatinya.
1001 kisah tersembunyi didalam noktah hidupnya dimana adanya segelumit kenangan terindah dan ada juga hiba di atas pemergian.

Disaat aku menadahkan tangan 
Setangkai doa juga fatihah dikirimkan
Aku harap dia tabah dan aku tahu dia kuat menempuhi semua ini.
Dia anak yg baik dan aku tahu ibu dan ahli keluarganya yang lain sedar tentang itu.

Tiap kali dia mempersembahkan tentang perjalanan hidup ,aku akan terdiam,bukan aku bosan,tapi aku terpegun tentang kisahnya.

Sejujurnya aku tak perlu novel2 dimana terhempasnya kisah2 dongeng karang si pengarang.
Kisah mereka berdua sudah cukup untuk aku menumpang gembira jika disoalkan tentang cinta.
Bagi aku mereka
"PERFECT TWO"

Munkin inilah hikmah yang tuhan berikan setelah aku rasai apa itu erti kehilangan.
Kehilangan yang bukan untuk seketika tapi buat selama-lamanya.
Setiap tangis dlam doa dilampirkan dengan kesyukuran.
Aku tak kisah jika hanya aku yang rasai soal ini.
Cukuplah ini dapat mengembalikan apa itu erti persahabatan .
Biarkan samudera berlalu tanpa ada sauhnya

Aku hanya budak kampung
Munkin tiada nilai harta yg dpt aku sajikan
Cuma jika ia tentang persahabatan
Aku akan hargainya seadanya..

Wednesday, July 17, 2013

#respect

Assalaamualaikum
Bagi aku setiap insan diatas muka bumi boleh menjadi penulis
Masing- masing mempunyai kisah mereka sendiri
Dimana tersirat 1001 buah cerita.
Alhamdulilah aku dapat kenal dengan seorang kawan yang  mana aku begitu menghormatinya.

Kisah Hidup Seorang Anak Nelayan

Jika dipandang dari mata kasar ,dia hanya remaja yg biasa.tapi bila kisah hidupya mula dikarang semula,air mata munkin menjadi peneman sesiapa yang membacanya.
Kegigihan dan azam yg kuat membuatkan dia lain dari yang lain.Sikapnya yg ringan tulang mesti disayangi oleh penduduk di kampungnya.
Tidak kira siang mahupun malam,tulang empat kerat itulah di asak olehnya untuk menukar kehidupannya  menjadi lebih baik.Kalau didengarkan kembali cara percakapannya tak ubah seperti seorang pembahas yang bijak,ayat diatur sempurna,dan sejujurnya aku suka apabila dia membukakan sesuatu cerita.
Tapi baru - baru ini dia kehilangan org yg dia amat sayang,seorang ayah yang baik.
Hati siapa tidak tersentuh bila mendengar dia bercerita disaat arwh ayahnya terlantar dihospital.Sayu hati ini,tapi pd masa yg sma rsa bangga mempunyai seorang sahabat yg sanggup menjaga ayahnya tika sakit memang hadir dalam hati.Menjaga ayah smpai nafas yang terakhir merupakan tanggungjawab untuk seorang anak yang dimna bukan semua org dapat penuhinya.
Aku tahu dia seorang yang tabah,dan dia perlu tahu tentang itu.
Dan aku tersentuh dengan cara dia.

Sebab itulah aku lebih suka kwan dengan org kebanyakn dr yg hdup dgn kmewahan.

Ada satu rahsia yang aku ingin kongsikan
Tiap kali aku berjumpa dengan Dia
Badan aku seakan mengigil
Munkin terlalu kagum dengan cara dia ataupun aku takut kehilngan shabt baru seperti dia.


Aku bukan penulis

Hati yang hiba...

Pada suatu masa hati seakan hilang arah tuju,hiba,dan kosong hanya padanya aku mengadu,tuhan yang mencipta sekalian alam.
Entah kenapa,sehari dua ini hati seakan merintih,seakan ada sesuatu akan terjadi.Berlapikkan tikar sejadah aku mengadu padanya.Air mata turut bersujud dan seakan mengerti tentang hati yang terlalu kosong dan hiba.
Ya Allah
Diri ini seakan jasad tanpa roh
Hidup tnpa arah
Seakan sudah lama mati
Fikiran entah kemana
Soal kehilangan,percintaan,persahabatan dan semuanya.
Ada yang tersirat dan ada juga yg tersurat

Untuk dia
Moga amanlah dan bahagia dikau disana
Akan aku cuba teruskan semua ini wlaupun masa membezakan antara dulu,kita bersama,dan kini dia lebih menyayangi mu
Al fatihah

Bukan senang mncari shbt
Yg ada bila sama2 memerlukan
Dan bukan 
Semua yang patah tumbuh
Yang hilang berganti.


Friday, July 12, 2013

Persoalan dan Penjelasan...

Terlalu banyak persoalan yg bermain difikiran dan terlalu banyak persoalan yg inginkan pnjlsan.Tentang dia.Hari demi hari tiada sebarang khabar berita dari dia.Seingat aku kali terakhir yg mulakan sebuah perbualan dan yang menoktahkahnya ialah aku.Entahlah,kadangkala begitu sukar utk aku ceritakan.kalau dipersoalkan tntng syg.Tak pernah berkurang rasa itu dari aku...dari dia?...hanya dia dan mha pncpta yg thu.Tiadakah segelumit ruang waktu utk aku?.. kalau hati sudah berlalu pergi,aku perlu kata putus.Kisah ini bukan setahun,dan buknnya dua... Jangan biarkan aku seperti dulu,yg tak pernh kenah erti setia....Hanya satu yg aku mahu...HARGAI AKU.


Dan tadi aku ada melawat tok..
Aku terkejut melihat tok lemah beralaskan tikar lama.Tok sedar akan kehadiran aku waktu itu.Banyak cerita yang tok kongsikan,begitu juga aku.Seingat aku,tok lah mnjdi nadi utk aku mngmbil spm bbrpa thun yg lalu..kalau bkn krna dia...mnkin aku tiada di ipt..byk ksh yg perlu dirahsiakan. Biarkn skrg aku msih bernfas,tapi smua tak sprti dulu...
Seakan mati hidup semula yg sebernya hidup ini jiwa ini telah lmanya pergi...

Aku bukan penulis...