Tuesday, February 25, 2014

" Padah atau simpati ,,... Hati yang Berbisik



Ruang ini dah lama suram,sudah lama tidak dimamah keluhan seorang anak sang pusaka biru
Munkin tika ini rasa itu harus dilafaz,
Semakin dipendam semakin bedarah lukanya.
Sebenarnya sudah lama rasa itu hadir .


Terkilan


munkin perkataan itu paling sesuai untuk rasa itu
Dah lama aku memendam ,dari setitis rasa ,dicantum mengalir dengan air mata,
Dari hari ke hari,seakan kejadian itu berlaku lagi.
Hampir empat tahun genapnya aku kehilangan seorang sahabat yang teramat aku sayang,
Bukan senang untuk mencari seorang sahabat di kebanyakkan kawan yang ada
Seorang sahabat dunia akhirat
tapi aku seakan rasa akan hilangnya seorang yang aku hormati dan sayangi.


Dia yang bernama Shamsuri firdaus
Tak pernah aku menyesal mengenali seseorang yang bernama itu.
Entah,aku pun tak pasti apa yang istimewa tentang dia yang membawa aku untuk menjadi sebuah watak dalam hidupnya ,walaupun aku sedar watak itu munkin tidak akan kekal lama.
Azam dan tekadnya untuk mengubah kehidupannya ke satu tahap yang lebih baik sedikit sebanyak membuka mata .
Tidak pernah dinoktahkan permulaan kata mahupun perakhiran kata aku memilih seseorang sahabat mahupun cinta dari aspek fizikal atau latar belakang.


Aku sedar,Sham bukan dari keluarga yang senang dan aku juga merasai apa yang dia rasa.Selepas aku mengetahui akan berita kepergiaan arwah ayahnya buat selama - lamanya,aku menanam tekad untuk cuba menjadi seorang sahabat yang ada tika dia susah mahupun senang.Di mata aku tiada nilai yang dapat membeli sebuah ikatan persahabatan.
Sudah beberapa kerap kali aku pergi ke terataknya,tiada apa yang dapat aku bezakan dari teratak yang meneduhkan aku sekeluarga.Alhamdulilah,kehadiran aku disambut baik disana,Abang Mie,Mak Cham,Bang Jebat,Bang Kamarul dan yang lain.Munkin orang laut tidak kaya dengan harta dunia tapi mereka kaya dengan budi bahasa.


Aku akui,dari pertama kali aku mulakan persahabatan antara aku dan Sham,aku tidak pernah berani melihat ke dalam anak matanya.Seakan ada kisah yang belum kuat untuk aku ungkai dan huraikan.Dan jika aku cuba ,jauh di lubuk hati ... aku menangis.
Semenjak Sham begelar seorang jurugambar,aku seakan makin jauh darinya.munkin kini dia sudah berada di sebuah aras yang berlainan dan aku masih berada di aras yang sama.Dan,sekarang aku sudah tidak dapat menolong dia seperti dulu.Munkin juga watak aku akan terhenti disini.
Kadangkala kita sanggup korbankan segalanya untuk seseorang yang kita sayang kan .
Munkin ini penghujungnya,kini,aku hanya mampu berdoa agar dia mengecapi kejayaan yang dikejarnya itu.


Di suatu masa nanti aku nak dia tahu
Sejauh mana kaki melangkah
Setinggi mana tangan mengapai
Di bawah sebuah sudut
akan ada sebuah tangan yang sentiasa menanti
Untuk meraih semula sebuah tangan
Seandainya ia terjatuh.


Dari Sudut Seorang Sahabat