Tuesday, October 30, 2012

Best friends or eternal rivals?


Best friends or eternal rivals?



Persahabatan aku dengan dia tak ubah seperti anime naruto.Ya..memang ia hanya sebuah anime tapi ia bukan cerita yang kosong.Persahabatan antara naruto dan sasuke makin lama makin bergolak,munkin di waktu kecil mereka boleh menjadi sahabat walaupun hanya buat sementara tapi bila meningkat dewasa seakan takdir tidak menentukan yang mereka ditakdirkan untuk bersahabat baik.Masing-masing ada hala tuju masing-masing.Naruto ingin menjadi lebih kuat untuk menjadi hokage dan membawa balik sasuke walaupun sudah sekian lama persahabatan dia dan sasuke telah retak akibat sasuke membuat pilihan untuk menyertai orichimaru dan seterusnya menjadi ketua akatsuke bersama dengan tobi.Aku sendiri tak pasti dari pandangan sasuke ..yang pasti aku tahu dia juga sayang terhadap sahabatnya naruto itu.
Tentang aku pula.
Pada mulanya aku sangat gembira pabila aku kenal akan dia.Menjadi salah seorang sahabat bagi dia merupakan sebuah noktah kegembiraan buat aku.Aku ingat kami boleh menjadi sahabat baik tapi rupa-rupanya takdir yang menentukan segala-galanya.Selepas setahun entah apa punca yang sebenarnya membuatkan persahabatan kami menjadi tegang dan akhirnya bermula dari sahabat kini seakan orang asing.Aku tak pernah pendamkan kemarahan kepada dia.Aku cuma kesal...kesal dengan apa yang terjadi.Jika persahabatan kita tak retak tika satu saat dahulu munkin kini kita menjadi sahabat baik.
Aku cuma hanya mampu berdoa..agar dapat mencari seorang sahabat peganti seperti dia..
Ada sesuatu dalam hidupnya persis kisah hidup aku tika kecil dahulu
Yang Tidak Dapat Aku Jelaskan


Mrpanda94