Sunday, June 10, 2012

Anda pernah terasa hiba,kosong,sedih atau seumpamanya?


Anda pernah terasa hiba,kosong,sedih atau seumpamanya?.Jika ada ..mesti anda dapat lalui semua ini semasa anda hilang sahabat,kekasih ataupun orang yang kita sayang .Aku pun merupakan antara yang merasakan semua itu.Hidup bagai bebuih di lautan.Rasa kosong ,kesepian.Tiada yang menemani hanya dibuai alunan ombak .Kadangkala mesti kita rasa kenapa nasib kita sebegini kan.Kenapa orang yang berada disekeliling kita sering tersenyum riang,bagai tiada masalah yang menimpa mereka tapi kita..diapit luka disulam duka.Aku bukan doktor falsafah yang mahu memberi nasihat,aku bukan ustaz yang dapat memberi bimbingan.Aku hanya seorang penulis.Penulis yang ingin berkongsi tentang kehidupan bersama pembaca-pembaca yang lain.
Dalam hidup ini bukan semua benda yang kita rancang kita dapat.Semua itu takdir oleh Allah s.w.t.Cuma kita perlu berusaha untuk mencapai apa yang kita impikan.Biar impian kita untuk mencapai bintang dilangit...walaupun hakikatnya awan pun belum tentu kita dapat mencapainya.Kita manusia biasa,pegerakan kita terbatas.Walaupun kadangkala imaginasi kita bagai infinit...tiada batasnya tapi ingat itu hanyalah imaginasi.Bukan hakiki.
Jika anda mencari sahabat,carilah sahabat dunia akhirat.Anda pernah dapat sahabat yang hanya atas nama sahabat.Maksud ...?? sahabat yang ada bila kita senang dan hilang jejaknya bila kita susah.Sahabat seperti itu memang banyak dimuka bumi ini tapi sahabat yang ada tika senang dan susah memang susah untuk kita dapat.Itu dinamakan sahabat sejati.
Anda pernah terbaca petikan ini?
Kawan ..apa yang nak dikesalkan kerana kawan kau kehilangan kawan.Apa yang nak disedihkan hati.
Jangan sedih..terlalu tersisih..bukan kau saja..ditimpa malang
Ingatlah pada mereka,para rasul mulia,mereka dihina,menderita..tetapi mereka tetap utuh menyampai agama islam.
Apalah sangat nak dibandingkan kesedihkan kita dengan kesedihan mereka.Ingatlah jika anda rasa anda ditimpa malang,mesti ada yang lagi malang dari anda.Kita diduga olehnya untuk menjadikan kita lebih matang,dan untuk kita memperbaiki diri kita.Fikir-fikirkanlah..

                                                                                                                                                     MrPanda
                                                                                                                                  Aku Bukan Penulis.