Sunday, April 20, 2014

Apa itu Sahabat ?

Apa itu Sahabat ?

Sahabat yang sebenar adalah yang membawa ke syurga
Yang kala dilihat wajahnya teringat kita akan Dia
Yang jika jatuh ke neraka dia akan menarik kita
Yang redha -Nya menjadi asbab persahabatannya bersama kita

Hati seorang sahabat itu peka
Kerana dia berhubung dengan jiwa sahabatnya
Menyayangi melebihi diri sendiri
Atas dasar mencari redha Ilahi

Kadangkala damai
Kadangkala kencang
Begitulah angin bertiup menggambarkan kehidupan
Allah punya perancangan dan manusia pun merancang
Tetapi tetap ketentuan Allah merupakan pengakhiran

Solusi
Konklusi
Pengakhiran?
Selagi belum mati
Selagi itu diri dikejar konsikuensi

Saat waktu terhenti
Kala itu muhasabah menyergah diri
Mengingati kembali selitan memori
Akal yang lupa terjaga kembali
Melihat diri
Melihat hati
Apakah yang sebenarnya terselit pada diri sendiri

Setiap pengakhiran itu
Hakikatnya sebuah permulaan 
Untuk sebuah perjalanan baharu
Hatta mati itu sendiri
Hakikatnya merupakan pintu
Untuk memulakan hidup baru
Di syurga-Nya ,atau dineraka-Nya,hanya salah satu




Jangan dipersoalkan jarak
Usah dicatat kudrat yang tersirat
Bagi aku tiada satupun yang menjadikan sempadan bagi sebuah persahabatan
Melihat dia "Sahabat" tersenyum sudah cukup menoktahkan semua rasa itu



Selamat Hari Jadi 
Kawan?
Bagi aku kau sahabat ... insyallah sahabat dunia akhirat 
Memohon istiqarah dari-Nya
Dan malam itu terlakar lakarannya




Tuhan temukan mereka untuk mereka saling melengkapi
Perwatakan yang berbeza,tapi mempunyai cinta yg sama..
Akal dan kesabaran menjadi tunjang utama dalam kisah itu
Dugaan mendewasakan mereka untuk menjadi setabah hari ini
Satukanlah mereka seperti bersatunya Adam dan hawa
Amin Ya rabal`Alamin
#PerfectTwo 



Doa seorang sahabat
Hazizi Harudin