Saturday, April 5, 2014

Jingga Sabtu...

Dingin memamah segenap ruang,tubuh masih menggigil pucat dibasahi tangisan senja.

Beberapa jam yang lalu

Mata seakan masih belum puas melirik memerhati jarum jam.Cincin itu masih dijari manisnya seakan juga menanti.Langkah kaki mula bergegas ,menuju ke sebuah kedai cenderahati.Bunga itu menarik perhatian buat beberapa ketika,
Lantas dibelinya.Hati belum kenal erti jemu menunggu,minit bertukar ke jam.Bayang masih belum tiba,hati mula merintih.Dia bingkas bangun , menuju ke sebuah komplek beli belah yang lain.Memerhati anak cucu cicit adam yang leka dengan kepesatan kecanggihan dunia.Anak matanya melirik smula ke arah jam pada telefon bimbitnya itu.Disegerakan langkah kembali kepada komplek membeli belah yang tadi.Dari seukir senyuman,kini terukir letih menanti,datangkah dia? Munkin...tapi bila?. Jam masih beputar .
Bunga yang tadinya dipegang erat kini dilemparkan ke dalam tong sampah.Pagi?..pagikah jika jam tpt menunjukan jam 2 petang...
Dia datang,memberi seribu satu alasan,biarlah,itu hak dia.
Bukan sekali ,dah jemu diperlakukan begitu.
Nak kata jauh? Aku lebih dari sejam menunggang.untuk apa,untuk berjumpa dengan dia.Biarlah,biar dikata aku kejam,apa2 yang boleh membuatkan dia puas,kerana sudah terlalu lama hati ini sudah lama terasa.Munkin itu,munkin kali itu yang terakhir,aku menjadi hamba masa,dan hamba cinta.
Kalau diikutkan hati baik aku balik,tpi entah,apa yg aku kesian kan,lembut sgtkah hati aku,kesal?.. tunggangan aku ditemani rintihan langit senja,diberhentikn seketika,aku menanggalkan sweater dan menutup hadiah itu,biar aku basah dan disakiti panahan air hujan asal hadiah itu kekal seperti mana asalnya.
Aku sudah mula jemu,jemu menjadi hamba kepada perasaan ,
Tangan ditadahkan memohon agar pintu hati ditutup serapat rapatnya..
I QUIT