Tuesday, July 30, 2013

di suatu sudut.... tentang rasa..

Ramadan yg kian berpenghujung
Dan aku masih bisu di suatu sudut,hanya tangan ini yang masih tegar berbicara.
24 hb yang lalu
Malang tak berbau.
Aku terlibat dalam satu kemalangan.
Yang aku ingat hanya ambulan,jpam,dan akhirnya aku di hospital.
Di sana aku dilayan tak ubah seperti sampah masyarakat
Luka di bersih seakan mencuci baju
Sungguh lancang penolong perubatan berbicara.
Entah apa yg diperkatakan 
Yang aku lihat dia hanya seakan bermonolog
Aku dapat lihat suatu sudut yang lain firdaus dirawat.
Penglihatan aku kelam seketika

X- ray,
Ya bilik itu masih aku ingat
Setiap anggota penting aku diperiksa
Alhamdulilah
Tiada apa yang aku perlu risaukan
Cuma....

*********
Aku tersedar dari lamunan
Kesejukan malam membuatkan kesakitan itu kian terasa
Lutut,bahu...
Hantukan di kepala.
Tentang itu biar aku sahaja yg tahu.

Entahlah
Aku tak dapat ingat sepenuhnya kemalngan itu
Yang aku tahu
Raya kali ini munkin tidak bermakna bagi aku.
Munkin solat raya,bermaafan di pagi raya dan melawat kubur yang akan aku lakukan.
Hanya itu.
Semuanya tak akan seperti dahulu


Didalam sebuah tubuh yang berbeza lain pula ceritanya
# kawan
Penulisan yang lalu telah aku ceritakan tentang dia
Munkin raya kali ini akan terasa perbezaanya
Tanpa seorang ayah,yang pergi buat selamanya.
Bukan mudah menerima sebuah hakikat
Aku harap dia kuat
Aku menghormati dia seadanya
Kalau aku ditempat dia
Munkin aku dah lama menyerah kalah
Tapi dia lain.
Aku kagum dengan dia

Kawan,la tahzan.
Setiap kejadian ada hikmahnya
Dan dia masih ada kebahagiaan yang lain yang bukan semua orang lain dapat rasai
-Shamsyifa-

Biar noktah sementara ini menghentikan luahan ini buat sementara.
Akan tiba msanya cerita lain dipeceritakan semula