Wednesday, August 14, 2013

Hati yang berbisik

Hati yang berbisik

Bukan senang untuk berpura-pura gembira setiap kali bercerita soal dia
Dia yang dulu bernama sahabat
Setiap kali aku terjumpa dia,jiwa seakan mati.Kosong.
Di mata dia ,aku seakan tidak pernah wujud.
Entah apa yang berlaku pada 3 tahun yang lalu
Yang membuatkan seakan aku hidup di suatu dunia yang lain

Sejujurnya aku sudah lama berputus asa
Air mata seakan sudah kering
Cuma aku tak kuat lagi seakan diseksa setiap kali terjumpa dia
Mana erti kawan,mana persahabatan kita
Jiwa ini memberontak tapi pada siapa?.

Tapi ingatlah,sehingga hujung nyawa sekalipun
Biar apa yang dia lakukan pada aku
Aku tak akan sesekali marah,
Sebab kita pernah dulu di gelar kawan,
“adik abang?..tu perkataan yang kau benci ?’’
Aku tak minta semua itu
Jangan menghukum aku seperti ini

3 tahun,3 tahun bukan sekejap,
Selepas tamatnya zaman persekolahan
Aku membawa diri sejauh yang munkin
Cuba melupakan semuanya
Dan ya ,alhamdulilah aku berjaya
Tapi tidak lama.
Kalau aku tahu kita akan belajar di sebuah ipt yang sama
Aku tak akan kembali ke negeri darul aman ini

Bukan aku nak salahkan takdir,
Munkin ini semua ketentuan tuhan
Cuma aku tak kuat
Tak kuat untuk kau melayan aku seakan aku tak pernah wujud dalam kamus hidup kau
Aku tak kuat
Aku Akui.

Ini bukan noktahnya