Monday, September 9, 2013

Ainul_faeza La tahzan ( Kemunculan Sahabat Lalu )..


                                     **************************************

 Keheningan malam berlabuh,bayu angin yang berlalu membuatkan Kimy tersentak dari lamunannya.Dia masih di atas tikar sejadah .Menadah tangannya itu ,berdoa agar dia kuat untuk tempuhi semua ini.Di luar jendela ada satu refleksi cahaya.Terperangkap disatu sudut yang mengusik anak mata Kimy.Kimy bangun dan melangkah keluar dari pondok di mana tersimpan 1001 kenangan.Kimy memulakan dengan memberi salam.

“waalaikumussalam’,jawab seseorang.

   Di suatu sudut muncul seseorang yang berbadan agak gempal  tersusun langkahnya.Kimy seakan mengenali lelaki itu.Tiba-tiba terukir ukiran di muka Kimy.Di depannya kini seorang yang dia kagumi suatu masa dulu.Seseorang yang bernama sahabat.Sham,anak jati kelahiran sanglang kini tegap dihadapan Kimy.Entah berapa tahun mereka tak bersua muka.Masing-masing terputus hubungan.Munkin disebabkan arus masa yang tak pernah kenal erti rehat.Rupa-rupanya Sham sedang menyelesaikan tugasannya.Menjadi seorang jurugambar professional bukan semudah yang disangka,pelbagai cabaran dan dugaan tak lekang ditempuhi bagi mencari rezeki yang halal.Dari dulu lagi,




   Sham merupakan seorang yang gemar mengambil gambar-gambar keindahan yang Allah pinjamkan kepada kita yang bernama manusia.Setiap hasil seninya itu tidak lekang dengan kreativiti.Jika pada saat ini Adam masih bernafas munkin inilah masa yang dinantikan Adam.Dimana sebenarnya Adam sangat menghormati Sham.Bagi Adam sham merupakan antara kawan yang terbaik yang pernah dia temui.Seorang anak yang taat pada ibubapa di mana pada satu ketika dahulu hati pilu mengenangkan kisah sham dimana dia menjaga arwah ayahnya hingga ke nafas yang terakhir.Zaman ini,sukar mencari anak yang sanggup menjaga ibubapa disaat mereka memerlukan.Manusia berubah .Berubah dengan pelbagai alasan yang tersendiri.Tapi Sham,dia lain dari yang lain.Sikapnya yang ringan tulang disenangi oleh penduduk sanglang.Manakan tidak,malam bekerja di pusat computer hingga ke pagi,selesainya tugasnya terus menolong keluarganya dipasar pagi.Sejuk perut ibunya mendapat seorang anak yang sebegitu.Satu antara beribu.Jika disoalkan tentang Sham,pasti ingatan akan terkenang akan syifa.SHAMSYIFA,sebuah nama yang tak munkin dapat dipisahkan.Adam menggelar mereka ‘perfect two’.Sebuah ikatan cinta yang terlalu mendalam.Romantis yang tiada berpenghujung.Itu kisah mereka.Munkin tiada noktah kalau berbualkan soal itu.
Diperhati Kimy gelagat Sham yang agak sibuk mencari sudut yang terbaik untuk gambarnya.

“Sham,mana buah hati? Soal kimy pada sham .


Sham tersenyum sinis,dia seakan tahu  yang persoalan itu akan keluar dari mulut Kimy.Sham duduk beralaskan pelepah kelapa tua lalu.........