Thursday, September 26, 2013

Untuk kali ini.. rasa itu..

Malam ini rasa itu datang lagi
Hadir dengan membawa ingatan lalu tapi bukan soal itu
Hiba

Bertahun sudah berlalu tapi tidak pernah terdetik untuk aku bercinta lagi
munkin hati ini dah kering,kering dengan apa itu dikatakan cinta
Bagi aku kini persahabatan dan keluarga adalah segala-galanya
Suatu ketika dahulu aku seakan teperangkap dalam satu delusi khayalan
Ya,memang mereka seakan serupa.Seakan seorang sahabat yang teramat aku sayang sehingga kepergiannya buat selama - lamanya seakan melumpuhkan detar rasa aku,seakan kaku di hanyut arus masa.
Aan,caranya,gayanya,bahkan jika dilihat dari segi fizikal
memang sukar aku bezakan

Dan kini hidup aku seakan bernafas seketika dengan hadirnya seorang sahabat seperti Sham
Aku akui,masih tersimpan seribu satu kisah yang tak dapat dikongsikan antara kami.
Cuma kisah yang sham lembarkan di blognya cukup membuatkan aku kagum dan menghormati anak  nelayan itu.Dia rasa apa itu kehilangan dan dia kini dia dibalas dengan erti kegembiraan
Kebahagiaan itu miliknya
Aku tak layak menumpang kegembiraan orang lain,cukuplah sekadar dapat mengenal seorang kawan yang aku sangat hormati itu.

Munkin masa ini wang ,harta dan pangkat munkin segala-galanya tapi bukan pada aku
Bagi aku rezeki itu milik kita bersama.
Aku akan cuba sedaya upaya kongsikan bersama
cukuplah melihat insan-insan yang aku sayang mengukir senyuman
hanya itu yang aku mahu
Hanya itu
Jumaat penghulu segala hari
Biarlah al fatihah menjadi penyambut hari ini untuk disedekahkan kepada 
insan - insan yang kita sayang yang telah pergi buat selama - lamanya