Thursday, October 17, 2013

Bicara Hati..




Assalamualaikum
Alhamdulilah Masih diberi kesempatan untuk menyambut Aidiladha baru-baruni
Walaupun ala kadar tapi cukuplah untuk merasainya
Minggu depan bermulalah peperiksaan akhir untuk semester kali ini
Hope dapat buat yang terbaik,Aku sedar aku tak sepandai yang lain tapi aku akan cuba
Cuba untuk terus melangkah
Alhamdulilah
Dapat melihat seorang sahabat yang aku baru kenali gembira cukuplah untuk membuatkan aku dapat mengukir senyuman
Munkin telah ditakdirkan aku dan dia sebagai sahabat biasa
Dan aku tetap besyukur dapat mengenali seorang sahabat seperti dia
Walaupun pernah suatu ketika aku ingin menjadi sahabat baik untuk dia dan ingin menjadi seperti dia
Sehinggalah suatu hari aku sedar
Yang semua itu mustahil
Jadilah diri sendiri dimana aku adalah aku 
Kita semua ada kisah yang tersendiri dimana penulisannya masih jauh untuk menemui noktahnya
Malam ini Alhamdulilah ,selepas solat dapat aku membaca yassin dan mengirimkan al fatihah untuk sahabat handai,saudara mara ,adik beradik yang telah pergii buat selama lamanya,tidak lupa juga untuk arwah ayah seorang sahabat yang aku sayang.
Dan aku berdoa 
Agar akan tiba suatu ketika untuk  aku berjumpa seorang peganti buat kekosongan ruang sahabat sejati yang telah lama pergi.
Tabah itu yang termampu
Sejauh mana kita berlari
Sederas mana titisan air mata
Yang pergi tak akan kembali
Bersabarlah duhai hati
Jika masa masih ada,akan aku cuba mencari separuh lagi jiwa aku
Yang sebenarnya sudah lama pergi