Monday, October 14, 2013

Ainul_Faeza La Tahzan -Kesinambungan Kisahnya..


Aku Bukan Seorang Penulis
Yang Mampu
Menulis secara profesional
Aku hanya aku yang suka mengarangkan sebuah kisah
yang kadangkala kisah ini munkin sebuah kisah yang benar atau munkin ia hanya kekal sebagai sebuah cerita lalu

Afif Juini Hazizi


**************************************

 Keheningan malam berlabuh,bayu angin yang berlalu membuatkan Kimy tersentak dari lamunannya.Dia masih di atas tikar sejadah .Menadah tangannya itu ,berdoa agar dia kuat untuk tempuhi semua ini.Di luar jendela ada satu refleksi cahaya.Terperangkap disatu sudut yang mengusik anak mata Kimy.Kimy bangun dan melangkah keluar dari pondok di mana tersimpan 1001 kenangan.Kimy memulakan dengan memberi salam.

“waalaikumussalam’,jawab seseorang.
   Di suatu sudut muncul seseorang yang berbadan agak gempal tadi tersusun langkahnya.Kimy seakan mengenali lelaki itu.Tiba-tiba terukir ukiran di muka kimy.Didepannya kini seorang yang dia kagumi suatu masa dulu.Seseorang yang bernama sahabat.Sham.Anak jati kelahiran Sanglang kini tegap dihadapan Kimy.Entah berapa tahun mereka tak bersua muka.Masing-masing terputus hubungan.Munkin disebabkan arus masa yang tak pernah kenal erti rehat.Rupa-rupanya Sham sedang menyelesaikan tugasannya.Menjadi seorang jurugambar professional bukan semudah yang disangka,pelbagai cabaran dan dugaan tak lekang ditempuhi bagi mencari rezeki yang halal.Dari dulu lagi,Sham merupakan seorang yang gemar mengambil gambar-gambar keindahan yang Allah pinjamkan kepada kita yang bernama manusia.Setia hasil seninya itu tidak lekang dengan kreativiti.Jika pada saat ini Adam masih bernafas munkin inilah masa yang dinantikan Adam.Dimana sebenarnya Adam sangat menghormati Sham.Bagi Adam sham merupakan antara kawan yang terbaik yang pernah dia temui.Seorang anak yang taat pada ibubapa di mana pada satu ketika dahulu hati pilu mengenangkan kisah sham dimana dia menjaga arwah ayahnya hingga ke nafas yang terakhir.Zaman ini,sukar mencari anak yang sanggup menjaga ibubapa disaat mereka memerlukan.Manusia berubah .Berubah dengan pelbagai alasan yang tersendiri.Tapi Sham,dia lain dari yang lain.Sikapnya yang ringan tulang disenangi oleh penduduk Sanglang.Manakan tidak,malam bekerja di pusat computer hingga ke pagi,selesainya tugasnya terus menolong kakaknya dipasar pagi.Sejuk perut ibunya mendapat seorang anak yang sebegitu.Satu antara beribu.Jika disoalkan tentang Sham,pasti ingatan akan terkenang akan Syifa.SHAMSYIFA,sebuah nama yang tak munkin dapat dipisahkan.Adam menggelar mereka ‘perfect two’.Sebuah ikatan cinta yang terlalu mendalam.Romantis yang tiada berpenghujung.Itu kisah mereka.Munkin tiada noktah kalau berbualkan soal itu.
Diperhati kimy gelagat sham yang agak sibuk mencari sudut yang terbaik untuk gambarnya.
“Sham,mana buah hati? Soal kimy pada sham .
Sham tersenyum sinis,dia seakan tahu  yang persoalan itu akan keluar dari mulut Kimy.Sham duduk beralaskan pelepah kelapa tua.
“ Kau ni kimy,sudah macam tak ada soalan lain yang nak ditanya,Ada saja kakak kau itu dirumah,nanti kalau ada masa terluang datanglah kerumah “Sham menjawab persoalan Kimy itu.






 Munkin kisah cinta Shamsyifa kini disimpulkan dengan ikatan yang sah.Alhamdulilah cinta mereka akhirnya di ijab kabulkan.Seakan cinta yang sempurna.Jika dilihat dari satu sudut yang berbeza,kelihatan Kimy seakan menarik nafas panjang kerana Sham terlupa bertanyakan soal Adam.Tiada jawapan yang ringkas atau cerita yang pendek dapat dia perjelaskan.Seingat Kimy persahabatan Adam dan Sham bermula di sebuah institusi pengajian tinggi.Hanya itu yang dapat Kimy katakan.Kadangkala Adam terlalu banyak berahsia.Munkin bukan semua rahsia harus dirungkaikan dan bukan semua cerita harus diceritakan.Hanya Adam yang tahu kisah sebenarnya.Tapi sayang,Adam dah lama pergi,pergi tanpa sempat menceritakan apa yang sebenarnya terjadi kepada Sham.Kalau diari Adam ada lagi,mesti persoalan itu akan terjawab.


            Mentari mula memancarkan sinarnya disebalik padi-padi yang menguning.Segar pagi kian terasa,menyelinap setiap sudut tapi itu bukan dapat membangunkan Kimy,Dia masih terdampar atas katil usang itu ,berselimutkan selimut kesayangannya.Kini mentari tegak ditengah-tengah langit siang itu.Kimy bangun mencapai tualanya.Dilihatnya Adam sedang leka menulis di ruang tamu,tanpa menghiraukan Adam ,Kimy terus ke laman belakang untuk mandi.Tiba-tiba,Kimy teringat akan sesuatu.Adam? . Kimy terus berlari ke ruang tamu semula untuk mendapatkan Adam.Tapi sebenarnya tiada siapa yang berada disitu.Air mata Kimy mengalir,munkin disebabkan dia terlalu rindu akan Adam.Masa berlalu dengan pantas,sedar tak sedar mentari sudah mula terbenam.Menyendiri,Kimy membuka beg galasnya.Diambilnya diari Adam,Kimy ingin mengetahui kenapa Adam menjauhi dan menghilangkan diri dari hidup Sham buat selama-lamanya.Sedangkan Kimy tahu yang Adam sangat menyayangi sahabatnya itu seakan nyawanya sendiri.Kenapa?.Persoalan itu makin bermain dipemikiran Kimy.Diselak satu persatu helaian diari itu .Akhirnya apa yang dicarinya kini terpampang dihadapanya.











 *********************************


            Sejauh mana kaki melangkah ,seberat mana hati berlabuh,sehiba itu rasa ini menjauhkan diri dari orang yang aku sayang.Tidak pernah aku membenci Sham,atau sesiapa sahaja.Malahan aku sayang persahabatan antara kami.Melihat Sham dan Syifa bahagia dengan kisah cinta mereka cukuplah membuatkan aku tumpang gembira.Aku dah anggap Sham tak ubah seperti keluarga aku sendiri.Jika dia perlukan pertolongan akan aku usaha sebaik munkin.Bagi aku erti persahabatan lebih penting dari harta benda.Jika dipersoalkan tentang harta atau wang ringgit memang aku akui,tiada apa yang dapat aku berikan untuk melihat dia tersenyum.Aku orang susah,dan dia juga pernah rasai kesusahan.Aku suka cara dia,sedar mahupun sedar aku perhatikan Sham,aku kagum cara dia,cara dia berfikir,cara dia bertindak dan aku mahu jadi seperti dia.Tapi semua itu mustahil,aku tetap aku ,dan aku bukan dia.Entahlah,setiap kali aku berjumpa dengan dia aku rasa takut,seakan kaku.Munkin aku terlalu menghormati dia.Masih terngiang-ngiang nada percakapannya ,aku seronok melihat dia memulakan sebuah cerita.Kali pertama aku berjumpa dengan Sham kalau tak salah semasa semester pertama disebuah ipt.Kelas terpaksa digabungkan akibat pesyarah kelas aku tak dapat hadir.Sedang leka aku berbual dengan rakan kelas yang lain aku perasan ada seseorang berjalan kearah aku.Dia menegur tentang sesuatu ,tapi aku tak ingat apa yang diperkatakan tapi serius aku cakap.Aku cuak,takut ,manakan tidak ,seseorang yang aku tidak kenali tiba-tiba tegur aku.Dengan saiz fizikal dia yang lebih besar dari aku.Ya,aku takut dengan sesiapa sahaja yang lebih besar dari aku.Maaf kalau aku tidak memberi respon.Bukan niat aku untuk sombong tapi aku takut.Masa berlalu terlalu pantas dan kini sudah semester kedua dan aku merasakan ada sesuatu dengan Sham.Terniat di hati aku untuk berkawan dengan dia.Hendak berjumpa depan-depan ,arghh,aku belum sedia soal itu.Melalui sosial media aku mulakan.Dan akhirnya aku berkawan dengan Sham.Dan kalau tak salah ,kali pertama aku keluar dengan Sham di pawagam menonton filem animasi 3 demensi.Aku akui aku tak dapat cam Sham.Ya Allah,melihat Sham datang ke arah aku sudah cukup melajukan dekupan jantung ini.Kenapa aku seakan ternampak Adi ,tapi sebenarnya itu adalah Sham.Cara  jalannnya,senyumannya.Dugaan apakah ini.Dosa apakah semalam yang harus aku tanggung.Badan aku mengeletar,peluh semakin membasahi badan,adrenalin semakin membuak-buak .Adi ,Sham , mustahil mereka adalah orang yang sama.sesuatu yang aku kena terima dari dahulu lagi yang Adi telah pergi buat selama-lamanya.Hakikat tetap kekal sebagai hakikat.Aku tahu ada kawan-kawan yang lain tak senang melihat aku rapat berkawan dengan Sham,pelbagai kekurangan mereka persoalkan.Tapi bagi aku,siapa aku untuk mempersoalkan kekurangan Sham,tiada manusia sempurna termasuklah aku sendiri.Aku tahu Sham selalu sibuk,dan aku faham situasi dia.Tapi apabila dia perlukan seorang sahabat aku akan cuba ada menjadi seorang sahabat yang sebaik munkin.Pernah disuatu hari aku menerima berita yang Sham dimasukan kedalam hospital.Tak dapat aku nafikan aku menangis,kenapa?.Sebab aku takut,takut kehilangan seorang lagi sahabat yang aku sayangi.Melihat Sham mengunakan alat bantuan pernafasan hati aku hiba,aku tak dapat menolong dia soal itu,hanya aku mampu berdoa.Lagipun masa itu Sham sudah berada dirumah sewa.Kalau aku melawatnya tika itu apa kata kawan-kawanya yang lain.Aku tak kisah,aku takut,mereka tak suka soal itu.Selepas hari itu ,aku sudah jarang berjumpa Sham,lagipun kelas aku terlalu padat setiap minggu,maklumla aku bukan pandai seperti yang lain.Dan Sham seakan makin sibuk dengan hari – harinya.Cukuplah aku melihat dia masih mampu tersenyum dengan hidupnya dari jarak jauh.Dan suatu hari aku putuskan untuk pergi jauh dari hidupnya.Cukuplah setakat ini aku menumpang kegembiraan seorang sahabat seperti dia.Aku dan dia tetap sahabat,munkin sahabat dunia akhirat.Cuma aku tahu dia lebih perlukan masa untuk dirinya dan insan yang dia sayang .Maaf  Sham,aku menjauhi bukan kerana aku benci atau kecil hati,Cuma sudah tiba masanya aku mengundur diri.






*************************************** 

            Oh ini sebenarnya yang berlaku,Kimy tersandar di kerusi menghadap jendela.Angin berlalu menusuki ruang kelam itu.Mengeringkan titisan-titisan air mata yang mengalir dipipi Kimy.Persoalannya kini terjawab.Tapi biarlah Kimy sahaja yang tahu soal itu.Kadangkala rahsia perlu dikekalkan rahsia dan bukan semua persoalan perlu ada jawapannya.Kimy menututup diari lama itu ,disimpannya kedalam beg galasnya itu.Terlalu banyak rahsia yang Adam pendamkan.Sham,kalau dia tahu soal ini apa reaksi dia.Biarlah ini semua kekal rahsia.Kimy segera mengemaskan baju dan memasukan kedalam beg .Enjin kereta dihidupkan ,pintu rumah dikunci.Selamat tinggal desa ku.Tiba masanya Kimy pulang ke kota raya meneruskan kehidupannya seperti biasa.Kelam malam menengelamkan cahaya lampu kereta kimy dan berlalu pergi.
            Cahaya pelita menerangi halaman rumah,menembusi kegelapan malam.Kedengan riuh rendah anak-anak desa yang gembira untuk menemui aidilfitri.Sekali sekala kedengaran dentuman meriam buluh di pelusuk kampung................