Tuesday, May 14, 2013

Munkin akan tiba masanya.....

Malam ini dingin seperti biasa
Rumput rampai diluar sana munkin masih basah dihujani titisan rintihan langit malam
Hari ini rasa itu datang lagi,rasa yang sebenarnya sudah lama aku rahsiakan dari sesiapa
Ia datang tak diundang dan pergi tak dihalang
Sebenarnya kesakitan yang aku alami ini sudah lama aku pendamkan.
Tak salah aku dari sekolah menengah lagi atau munkin lebih awal dari itu
Tapi aku dah tak kisah
Nyawa ini hanya pinjaman 
Bukan kekal
Insan yang aku sayang pun telah pergi selamanya
Seorang sahabat dan seorang kekasih
Munkin semakin hari semakin suntuk tapi aku cuba lupakan semua itu
Pesakit mana seronok dilayan seperti seorang pesakit
Aku masih ingat lagi
tika aku bekerja di pahang
abah pernah bertanyakan soal itu tapi aku mengelak,aku tak mahu abang risau,cukuplah dengan tanggungjawab abang sebagai seorang polis itu berada di atas bahunya.
Tak apa panda,nyawa,rezeki,cinta semua itu tuhan yg tentukan
jika ada lagi masa yang ada,selagi itu ada nya panda
Aku besyukur ,selama aku hidup dibumi islam ini aku dapat berkawan dengan perlbagai jenis ragam manusia
Aku sukakan persahabatan ,munkin dulu aku sukakan cinta.tapi sejujurnya aku tak pandai dalam soal itu.
arwah megat,arwah helmi,arwah ... dan arwah....,zah,hayat,nuem,aan,sham,zarul,hakim.
itu semua persahabatan yang munkin aku tak akan lupakan.
malahan kalau ditakdirkan aku pergi dulu,aku terima walaupun aku tak sekuat itu
Sebuah cerpen Ainul_faeza la tahzan telah siap aku karangkan.
munkin ia dapat mengantikan tempat aku jika sesuatu yang tak diingini berlaku

walaupun sebenarnya 
Aku Bukan Penulis