Wednesday, May 1, 2013

Kisah Dia Memadamkan Hasrat Aku Untuk Menoktahkan Kisah Aku Buat Selama-lamanya

Dah lama aku menyepi dari menulis dan meninggalkan dunia blog ni.
Tapi pagi ini hati aku terdetik untuk meluahkan sesuatu .
Di saat yang lain masih lagi dibuai mimpi-mimpi yang sempurna aku tersentuh dengan sebuah blog seorang remaja di sebuah perkampungan di sanglang.Kisah beliau yang inginkan satu perubahan yang lebih baik untuk keluarga beliau.Munkin di mata kalangan masyarakat yang lain ini sebuah kisah biasa tapi bagi aku seorang penulis.Aku sedar ia tentang keazaman dan impian seorang remaja ingin sangat mengimpikan apa yang di impikan itu menjadi sebuah realiti dan bukan hanya sekadar impian kosong.
Sebenarnya aku tak begitu mengenali tentang remaja ini tapi aku tertarik dengan cara hidup beliau yang sesungguhnya amat menitik beratkan tentang nilai-nilai murni dalam hidupnya.
Seingat aku kali pertama aku bertemu dengan beliau tika mulanya aku menjadi pelajar di institusi pengajian tinggi polikteknik.Gabungan antara dua kelas DTK ( engineering electronik computer) membuatkan aku bertemu dengan beliau.Bagaimana?
Beliau atau lebih dikenali dengan syam telah menyentuh bahu aku dengan sengaja ataupun tidak dan mengatakan SUPRA.Munkin kerana aku penggemar barangan supra membuatkan beliau berkata begitu.Tapi yang membuatkan aku tertarik untuk menjadi sahabat beliau berlaku apabila beliau telah diberi tugasan untuk membentangankan sebuah tajuk tentang isu agama di hadapan.Cara dan gaya dia mengolah dan membetangkan isu tersebut membuatkan aku sedar ada sesuatu yang istimewa tentang sham.Tapi persahabatan aku dan syam tidak bermula pada semester yang pertama kerana aku mendengar pelbagai khabar angin yang mengatakan macam-macam tentang dia.Lagipun aku agak gugup jika berdepan dengan sesorang yang berbadan besar.
Persahabatan kami bermula pada semester yang berikutnya apabila aku mengambil keputusan untuk menjadi salah seorang sahabatnya dengan bermula berkawan di laman sosial yang lebih dikenali dengan facebook.Dan dia seakan memahami niat hati aku untuk menjadi sahabatnya dengan gurauan 'nak kenal ke'?
Aku pun menjawab "ketua taiko dtk2c,siapa tak mau kawan kan".
Bermula dari saat itulah aku selalu menegurnya tapi hanya didalam laman sosial itu dan akhirnya aku berjumpa sham dalam sebuah dewan dimana pada masa itu kami menghadiri kelas semiconductor.Aku mengambil keputusan untuk bersalaman dengannya.Kita bangsa melayu,rasanya itulah cara yang terbaik untuk memulakan sebuah hubungan persahabatan.
Pada pagi ini mata ini tidak dapat melabuhkan kelopaknya .Kenapa?.
kisah sham sedikit sebanyak menyentuh jiwa ini.Kisah dia,kisah cintanya,kisah kehidupannya membawa aku kedalam kisah aku sendiri.Yang sejujurnya aku mahu lupakan.
tapi lama kelamaan noktah untuk aku padamkan semua kisah lalu harus aku ceritakan.
Kerana kadangakala luahan lebih baik daripada memendam.