Wednesday, May 29, 2013

Berakhirnya noktah disini....

Kenyataan tetap kenyataan.Dan ini semua bukan lagi sebuah mimpi ngeri.Kemarin keputusan final exam dah keluar dan dah dijangka.Result kali ini memang memberikan satu impak kepada panda.
Panda gagal.Apa panda boleh buat selain dari menerima kenyataan.Soal hati?.entahla.bukan senang nak menerima sebuah kenyataan dalam satu masa.Munkin inilah takdir yang menyatakan panda bukan lagi salah seorang pelajar ipt.Nampak gayanya perlulah kaki ini mula mengatur langkah.Kemana?.entah la,..hala tuju masih belum dapat ditentukan.Jika berbicara tentang air mata munkin dah tak dapat di tangisi.Kerana ia telah berlalu pergi untuk sesuatu yang lain pada suatu masa dahulu.Harapan untuk mula bersahabat dengan seseorang yang panda kagum di ipt munkin hanya menjadi sebuah cita yang yak kemana.Panda hanya dapat doakan yang terbaik dan mohon agar pakcik cepat sembuh dan dapat tersenyum melihat kejayaan anaknya.Dia layak untuk terima semua itu.Disebalik yang jernih munkin tersimpan 1001 satu rahsia .Abah,mak dan ahli keluarga yang lain masih belum tahu tentang ini.Munkin nanti mereka akan tahu juga.
Maafkan panda..
engineering itu bukan untuk panda.
Buat kawan2 yang panda pernah kenal di ipt.
Jadikan kenangan kita bersama itu sebagai sebuah mimpi yang telah lama dikaburi mimipi2 semalam.

Assalamualaikum

Panda Si Gagal