Friday, May 31, 2013

Tak pernah sesekali terlintas dalam kotak pemikiran untuk membenci dia....

Tangan ini seakan menggigil ingin mengatakan sesuatu.Di sebuah sudut kotak pemikiran terjawabnya sebuah persoalan.Kenapa dia tak hadir semasa reunion baru-baru ni.Dia benci Aku.Itu lah sebuah hakikat yang aku kena terima.Semua persoalan ini terjawab apabila salah seorang dari rakan sekolah menceritakan semua ini kepada aku.Dia tak akan hadir di mana-mana event yang adanya aku.Yang lebih menyakitkan apabila dia mengatakan tak tahan dengan sikap aku.Sikap apa?Kenapa tak pernah ceritakan semua ini pada aku .3 tahun.Tiga tahun aku mencari jawapan ini.Dan hanya ini jawapannya.Dia terlalu benci aku.Ok.Dia yang dulunya aku sangka seorang kawan yang terbaik pernah aku ada sekarang menjadi seakan musuh terbesar dalam hidup aku.Rahsia ini biarkan aku ceritakan semuanya.
Tiga tahun yang lalu.
Aku ditempatkan disebuah sekolah didaerah sempadan kedah perak
Aku terasa begitu asing disitu hingga aku bertemu dia.
Di dasar matanya aku dapat melihat kehidupan aku dahulu,dikongkong,penuh dengan peraturan,inginkan kebebasan.Aku tahu itu semua.Sebab aku pun pernah rasa.Hari demi hari persahabatan kita menjadi lebih akrab,kita banyak luangkan waktu bersama ,belajar,riadah.Event sekolah.Sampailah pada suatu hari tu.Aku dapat lihat perubahan dia.Dia seakan menjauhi aku.Hari demi hari,aku seakan tak pernah mengenali dia.Kenapa jijik sangatkah aku,rendah sangatkah taraf aku ?.
Sehingga pada suatu hari aku putuskan untuk berjumpa dengan dia.
Ku tanya kan kenapa
Akhirnya hanya perkataan terakhir dari mulut dia yang aku tengar
It "nature change"

Hingga hari ini aku masih tahu dia benci aku,munkin dia ada alasan yang tersendiri
tapi dia tak pernah tahu,tugasan dia semasa sekolah dulu aku yang selesaikan,sesiapa yang membuli dia ku halang,aku tolong apa sahaja sebab aku ingatkan suatu hari nanti kita sama-sama akan berjaya.rupa-rupanya,ini sahaja balasan untuk semua yang aku korban kan.,sebab aku tak mahu dia gagal seperti aku.Biar aku gagal .asalkan dia menjadi lebih baik dari aku.Semua ini biarlah menjadi rahsia bagi dia.
Biar dia membenci aku
Tapi aku tak akan pernah sesekali membenci dia
kerana apabila aku bermula bersahabat dengan seseorang itu
aku akan anggap dia sahabat.
Dunia dan akhirat.