Thursday, May 2, 2013

Hari Ke 7 _ CUTI SEMESTER

Hari ini merupakan hari ke 7 cuti semester.Alhamdulilah,impian salah seorang sahabat panda untuk bermain futsal akhirnya tercapai jua.Hey kawan..have fun.Dan seorang lagi kawan panda ,alhamdulilah dapat temuduga untuk bekerja di penang.Munkin itulah peluang dia untuk menjadikan apa yang dia impikan menjadi kenyataan.Sunyi lagi la kat kampung ni tanpa kawan-kawan.
Tentang panda?
Sebenarnya panda pun masih tak ada rancangan lagi untuk cuti sem yang panjang ni.Malam panda aktif,siang tido..haha..itulah panda pada musim cuti.Sebenarnya panda bosan juga dekat rumahni.Maklumla sorang.Abah sibuk dengan kerja,mak dan ahli keluarga yang lain masih di pahang.Bukan panda tak mahu ke sana.Cuma tak kan nak biarkan abah seorang sahaja di rumah kan .Lagipun sebenarnya kesihatan panda tak pulih sepenuhnya.Biasala,sakit ni datang tak diundang kan.Tapi panda rahsiakan dari semua orang kecuali abah dan tok.Pada mulanya panda nak bekerja buat cuti sem kali ni tapi itulah.Di kampung ,apalah pekerjaan yang boleh panda buat.Nak tolong abah menoreh ,sekarang musim hujan,nak bekerja di cc,cc pun tak ada kat sini.Oleh itu panda ambik masa ini untuk menyiapkan kesinambungan kisah cerpen panda .Ainul _faeza La Tahzan

Munkin ia kisah tentang kimy pulak.Apa yang terjadi pada Adam setelah pesawat yang dinaikinya terhempas?.Adakah Kimy tak apa-apa bila mendapat tweet terakhir dari Adam,bagaimana pulak tentang Miza dan Faeza?
Semua itu akan terjawab nanti =)
Buat kekawan panda yang sedang cuti sem tu.have a nice holiday dude
Kita
SAHABAT