Wednesday, May 8, 2013

Masa lalu.....tentang abah

Abah
Sejujurnya sejak kecil hubungan panda dengan abah tak begitu baik.
Panda pun tak pasti apa yang membuatkan hubungan seakan dingin begitu
Munkin abah lebih rapat dengan kakak atau sebab panda tak sepandai kakak.
Panda masih teringat semasa sekolah rendah dulu.
Abah tak pernah datang bila panda dapat anugerah,dari darjah satu ,dua ,hinggalah ke darjah enam.
Malahan semasa panda berjaya mendapat 5A pun abah tak datang,hanya emak.Emak yang sanggup datang.Ya,masa itu keluarga panda susah.Emak datang berbekalkan kederat yang ada berjalan kaki untuk melihat keputusan panda.Hati panda sedikit tersentuh pada masa itu bercampur baur dengan kegembiraan dengan keputusan peperiksaan ada pada tika itu.
Emak tersenyum,Emak memeluk panda,alhamdulilah,panda gembira melihat air mata kegembiraan emak itu.
Kenapa Abah .. panda tak minta abah belikan apa-apa atau hadiahkan apa-apa pada panda.Cuma panda mahu abah ucapkah TAHNIAH.
Tak apalah...munkin abah sibuk..
Hari berganti hari
Masa berganti masa..
Pada suatu hari habis saja kerja abah terus balik dan keluar semula.
Dan abah tak balik hari itu.
Selalunya abah tak begini,banyak persoalan yang ada dalam kotak pemikiran panda masa itu.
Esoknya abah balik.Tapi ada sesuatu yang tak kena dengan abah.
Malam itu,disaat panda pulang dari mengaji dirumah tok.Panda terlihat abah,abah meraung kesakitan.
Panda segera mendapatkan abah,Entah masa bila air mata panda mengalir laju pada tika itu,panda terus mendapatkan mak dan berlari ke rumah tok.
Abah .. 
Abah terkena strok..
Tika dan saat itu hanya tuhanlah yang mengetahui perasaan panda dan sekeluarga.
Melihat abah begitu.

Hari demi hari
perbagai kaedah perubatan kami cuba
akhirnya abah sembuh semula
Dapat melihat abah tersenyum semula 
cukuplah membuatkan kami sekeluarga kuat semula mengharungi kehidupan.
Abah
Panda tak kisah kalau panda tak dapat banggakan abah,atau abah tak sayangkan panda seperti abah sayangkan ahli keluarga yang lain
cuma panda mahu abah sihat.
sebab panda
SAYANG ABAH